Profesor Dr. Anuar Ahmad Dilantik Pemangku Naib Canselor UNISEL

Timbalan Presiden (Akademik) Univesiti Selangor (UNISEL), Prof Dr Anuar Ahmad dilantik sebagai Pemangku Naib Canselor UNISEL selepas jawatan itu dikosongkan oleh Datuk Dr Rosti Saruwono berkuatkuasa 2 Ogos lalu.

Pelantikan Dr Anuar ini berkuatkuasa mulai hari ini sehingga Naib Canselor yang baharu dipilih.

Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah UNISEL yang diadakan di pejabat Menteri Besar, hari ini.

Dr Anuar akan menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor dengan dibantu jawatankuasa khas melancarkan pentadbiran universiti serta mengukuhkan kewangan universiti.

Dalam tempoh ini, jawatankuasa khas juga akan membantu Ahli Lembaga Pengarah untuk mencari mencari calon sesuai untuk dilantik Naib Canselor UNISEL yang baharu.

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR

PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

No comments

Powered by Blogger.