Jom Baca Balik Berita Penjilat Punggung Najib Rosmah Sokong ISA
50 ahli NGO demonstrasi sokong ISA di KOMTAR
GEORGETOWN: Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Walk, di sini bagi melahirkan sokongan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengadakan forum Anti ISA di tempat yang sama, semalam.
Antara NGO menyertai demonstrasi yang bermula jam 11 pagi ialah Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Pemuda UMNO Pulau Pinang dan Persatuan Peniaga Bazar Ramadan Jalan Penang.
Kumpulan itu memakai baju tertera perkataan ‘Yes To ISA’ (YA kepada ISA) dan membawa sepanduk tertulis, ‘Yes To ISA, Kami Nak Keamanan’ serta melaungkan slogan ‘Hidup ISA Untuk Kesejahteraan’, ‘Halau Pengkhianat’ dan ‘Hanya Pencuri dan Penyangak Takut ISA’.
Selepas berkumpul di pintu masuk KOMTAR Walk, kumpulan diketuai Naib Pengerusi KMA, Mohamed Ghani Abd Jiman dan diiringi Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan, berarak ke pentas di mana forum GMI diadakan sambil melaungkan sokongan kepada kerajaan agar tidak memansuhkan ISA.
Antara yang berada berada di atas pentas forum GMI yang bertajuk ‘ISA : Alat Politik Untuk Penindasan’ ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; aktivis, Hishamudin Rais dan beberapa bekas tahanan ISA.
Berikutan itu, berlaku ketegangan kira-kira 10 minit antara kedua-dua belah pihak sehingga menyebabkan seorang ahli NGO menampar muka seorang ahli GMI.
Bagaimanapun, tindakan pantas ahli NGO dan juga ahli GMI, berjaya mengawal keadaan daripada menjadi tidak terkawal.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohamed Ghani berkata, beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bagi menggantikan Lim Guan Eng untuk melindungi rakyat.
“Saya ingin jelaskan pembangkang cuba memperdaya rakyat dengan mengatakan ISA satu tindakan zalim kerajaan kepada rakyat kerana hanya langkah kerajaan dalam membendung kegiatan yang membahayakan keselamatan negara,” katanya.
Bekas Pemimpin Tertinggi Pembangkang Akui Majoriti Rakyat Sokong ISA
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang selama ini dijadikan bahan kecaman utama pembangkang akhirnya diakui bukan sahaja berkesan dalam soal pencegahan bagi memelihara keamanan malah terbukti mendapat sokongan majoriti rakyat di negara ini.
Perkara ini diakui sendiri oleh bekas pemimpin tertinggi Parti Keadilan, Dr. Chandra Muzaffar yang mengatakan bancian yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan sebahagian besar rakyat negara ini menyokong kewujudan akta itu
Kenyatan Dr Chandra itu yang juga Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST) seharusnya menutup mulut pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya Keadilan yang terus menjaja isu ISA ini yang kononnya menzalimi rakyat.
Walau bagaimanapun, Dr Chandra ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, malam tadi berkata sokongan besar itu tidak akan mengubah pendirian pihaknya supaya akta tersebut dihapuskan.
Sokongan besar rakyat terhadap ISA melalui bancian yang diadakan seperti yang dinyatakan oleh Dr Chandra itu sebenarnya seiring dengan ketegasan kerajaan selama ini yang sentiasa mengambil kira kepentingan menjoriti rakyat berhubung soal keamanan negara.
Seperti yang selalu ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, kewujudan ISA adalah demi memastikan hak majoriti rakyat untuk mendapatkan keamanan terus terpelihara.
Malah, Amerika Syarikat (AS) selaku kuasa utama dunia yang sebelum ini begitu lantang mengkritik kewujudan ISA ini juga akhirnya mengakui kepentingan akta tersebut hinggakan pihak negara itu turut mengikut jejak yang mirip ISA setelah negara itu menerima tragedi 11 September.
Dr Mahathir ketika sering diajukan persoalan berkenaan akta ini sentiasa menegaskan kerajaan lebih mengutamakan hak asasi majoriti rakyat dalam menguatkuasakan ISA.
Menurutnya, jika terdapat individu yang tidak menghormati dan mengancam hak asasi golongan majoriti, maka tiada sebab untuk kerajaan perlu mengutamakan soal hak asasi mereka.
Ini kerana ujarnya individu yang mencabul hak asasi orang lain akan mengakibatkan dirinya kehilangan hak dalam soal tersebut. Perdana Menteri seterusnya berkata, hak asasi manusia di negara ini adalah lebih baik berbanding dengan sesetengah negara.

No comments
Post a Comment