Hisham memerhatikan kerusi TPM sementara kuasa Najib pudar

Oleh Maclean Patrick

Perhatian rakyat buat masa ini mungkin terdorong ke arah perlakuan Perdana Menteri Najib Razak dan Rosmah Mansor tetapi seorang yang mereka kenal rapat sedang berharap untuk menjawat jawatan kedua di dalam Negara. Bukan kepada Najib tetapi kepada pengganti beliau.

Hishammuddin Hussein Onn, sepupu najib, adalah orang tersebut. Telah sibuk diperkatakan, Hisham bakal menyandang jawatan nombor 2 kepada Timbalan Perdana Menteri sekarang, Muhyiddin Yassin, yang dijangka akan mengambil alih jawatan daripada Najib. Sama ada Najib suka atau tidak, dia dilihat sebagai tidak relevan dan ura-ura kuat mengatakan beliau harus pergi.

Hisham sedar akan apa yang sedang berlaku kepada sepupu beliau dan akan membantu sebaik mungkin. Bagaimanapun, mereka sedar bahawa kerjasama mereka tidak dapat membantu Najib. Itulah lumrah politik lubang buaya yang diamalkan dalam Umno.

Keturunan tidak memadai

Hisham, di mana ibunya merupakan kakak kepada ibu Najib, dianggap sebagai orang kuat Umno. Moyang beliau, Dato’ Jaffar, adalah Perdana Menteri dibawah pemerintahan Sultan Abu Bakar – moyang kepada pemerintah Johor sekarang. Datuk beliau, Dato’ Sir Onn Jaffar menubuhkan Umno, dan bapa beliau, Tun Hussein Onn adalah Perdana Menteri sebelum Tun Mahathir Mohamed.

Beliau pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pelajaran, Ketua Pemuda UMNO dan sekarang merupakan Timbalan Presiden UMNO juga Menteri Dalam Negeri.

Dengan latar belakang demikian, harapan adalah tinggi terhadap beliau apabila beliau menceburi dunia politik Malaysia. Namun, dengan latar belakang sahaja tidak bermakna seseorang itu sesuai untuk menjawat jawatan awam yang tinggi. Antara kriteria seorang pemimpin ialah bijak dan praktikal.

Hishammuddin pernah membuat keputusan kurang wajar sebelum ini, dan ini menjadi tanda tanya sama ada beliau layak untuk memimpin.

Semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005, Hishammuddin yang merupakan Ketua Pemuda UMNO telah mengangkat keris dan dengan bersahaja menjelaskan ia adalah untuk menaikkan semangat orang Melayu sambil menafikan ianya sebagai simbol ketuanan Melayu.

Muhyiddin Yassin pada ketika itu telah berkata “ Walaupun sesetengah pihak agak melampau [tahun ini], ia adalah perkara biasa untuk meluahkan perasaan ketika perhimpunan.” Agak menarik kerana mereka sependapat, walaupun pada masa itu.

Bagi Muhyiddin, meluahkan perasaan oleh ahli UMNO adalah perkara biasa, kecuali jika seseorang itu adalah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang telah didakwa dibawah jenayah fitnah awal minggu ini kerana membuat kenyataan bahawa ada pihak lain yang telah berusaha untuk memerdekakan Negara, selain UMNO.

Kerap kurang logik

Ketua Pemuda ketika itu, Khairy Jamaluddin, menegaskan bahawa “walaupun tiada yang menonjol tentang kongres tahun itu dan sentimen yang sama pernah diutarakan sebelum ini, perasaan demikian tidak pernah berkompromi mengenai pemerintahan kerajaan di Negara ini melalui formula perkongsian kuasa BN.”

Namun, ahli politik berbangsa Cina tidak yakin. Hishammuddin kemudiannya telah memanggil semua ahli politik bangsa Cina yang berkaitan di dalam Barisan Nasional dan berupaya menjelaskan kenyataan beliau. MCA terus berdiam selepas itu.

Pada 2009, Hishammuddin berjaya mencuri perhatian apabila beliau membela perbuatan penunjuk perasaan ke atas tindakan memindahkan kuil Hindu. 50 orang penunjuk perasaan tersebut telah berarak dengan membawa kepala lembu, haiwan suci bagi penganut Hindu. Klip video protes tersebut dirakam dan telah dimuat turun ke laman web, yang menggerunkan warga Malaysia. Tidak hairanlah protes tersebut telah mandapat kutukan dari semua pihak.

Sebagai Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin telah menjemput penunjuk perasaan untuk bermesyuarat dan hasilnya sungguh memeranjatkan. Beliau telah membela tindakan penunjuk perasaan dengan mengemukakan beberapa sebab. Walaupun demonstrasi itu haram kerana tidak mempunyai permit, beliau berkata penunjuk perasaan adalah dalam kumpulan yang kecil.

Lebih memeranjatkan, Hisham telah menyalahkan kerajaan negeri, dengan mengatakan kerajaan negeri telah mengambil keputusan kurang bijak dalam pemindahan kuil Hindu. Mereka sepatutnya dibenarkan peluang bersuara dan insiden yang serupa telah berlaku sebelum ini seperti kepala babi dilempar ke pihak UMNO, katanya.

Hishammuddin terus membingungkan rakyat apabila pada tahun 2011, beliau enggan mengambil tindakan terhadap Utusan kerana menyiarkan tuntutan seorang pemblog bahawa orang-orang Kristian Malaysia dan DAP telah berpakat untuk melantik Perdana Menteri dari kalangan mereka. Alasan Hishammuddin – ruang perlu diberi kepada Utusan Malaysia kerana melaporkan berita tersebut dalam Malaysia.

Kejutan seterusnya

Semenjak itu, Hisham terus mengambil tindakan yang membingungkan, terutamanya apabila beliau memerangi kempen Bersih 2.0 dan semua perkara berwarna kuning yang mempunyai logo Bersih.

Hishammuddin seorang yang bijak, tetapi bukan di dalam politik mahupun polemik. Kebijaksanaan beliau menunjukkan pandangan pertubuhan kini dan bukan polisi sebenar untuk manfaat jangka panjang Negara dan bangsa. Dia akan terus dibayangi orang lain dan mengikut telunjuk tuannya.

Sedang sepupu beliau, Najib Razak berusaha menafikan skandal-skandal yang dilontar terhadapnya, Hishammuddin sekadar berdiam diri – memaklumi bahawa beliau akan menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih cepat daripada yang dijangkakan jika rancangan Muhyiddin dan Mahathir berjaya.

Menurut pemerhati UMNO, sebaik Najib diturunkankan, Mahathir akan menyokong Hisham sebagai timbalan Muhyiddin. Mahathir masih mempunyai pengaruh ke atas parti yang beliau ketuai selama 22 tahun. Beliau telah memilih Abdullah Badawi sebagai pengganti apabila beliau meletak jawatan. Bahkan, Mahathir juga yang telah memilih timbalan untuk Badawi. Iaitu Najib.

Ketika Badawi diperlukan dan diketepikan, Mahathir juga yang telah menyokong Najib untuk mengambil alih jawatan dan Muhyiddin sebagai timbalan. Sekarang Najib yang tidak produktif, Muhyiddin berpeluang mencuba kerusi yang panas ini, sementara Hisham mengambil alih jawatan nombor 2 dalam Negara. Apabila Muhyiddin bersara, tidak syak lagi Hisham akan berpeluang menjadi Perdana Menteri. Ketika itu, Timbalan Perdana Menteri sudah pastinya Mukhriz, anak bongsu Mahathir Mohamad.

- Malaysia Chronicle

1 comment

misnona said...

bolehke mukhriz naik? ketokohannyatak ada, di kedah pun belum tentu dia boleh naik kalau dr.m tak campur tangan. tentang hisamudin tu, muda sangat nak jadi TPM. dia kurang bijak dalam mengasmbil keputusan, kebudak-budakan dan terpengaruh oleh hubungan kekeluargaan, dalam pentadbiran negara ia tidak sesuai, ia menyebabkan timbul sikap membenarkan walaupun salah. kekeluargaan dalam kuasa menyukarkan seseorang membuat keputusan, orang melayu tidak mahu pemimpin akan datang terdiri daripada anak dan suku sakat bekas PM yang dah merosakkan imej negara, rakyat mahu kelainan dan mencari tokoh lain, tokoh yang berfikiran matang, tak ada skandal karut. dan bukan skandal rekaan.

Powered by Blogger.