Terkini! Video Dan Kenyataan TG Nik Aziz Menjawab Tuduhan Terbaru Mahathir Isu Hudud
Saya membaca cabaran Tun Mahathir agar Kelantan laksanakan hudud sekarang kerana beliau sudah tidak menjadi Perdana Menteri lagi. Saya katakan, surat yang dihantar oleh beliau dulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri. Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila Perdana Menteri tersebut meletakkan jawatan. Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir... Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar UMNO ikhlas berjuang untuk agama.
http://www.facebook.com/nikaziz
1 comment
Percepatkanlah perlaksanaan hukum Hudud dinegeri-negeri PR sebelum PRU13....Insyaallah PR akan dapat menawan Putrajaya!
Tolonglah jangan beri alasan yang bukan-bukan untuk tidak melaksanakan Hudud!
Post a Comment