Mat Sabu dianiaya kerana UMNO takut ketokohannya
22 September 2011
GEORGETOWN, 22 Sept – Tindakan kerajaan mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di mahkamah hanya kerana memberi pandangan tentang sejarah negara membuktikan Datuk Seri Najib tidak jujur dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dan demokratik.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, apa yang terjadi pada Mat Sabu merupakan satu contoh dan peringatan bahawa Malaysia belum mampu menjadi negara yang lebih demokratik.
“Jika Malaysia ingin menuju ke arah masyarakat demokratik, menegakkan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang… penyalahgunaan kuasa seperti yang terjadi terhadap Mat Sabu perlu ditamatkan,” katanya.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Chow Kon Yeow berkata, tuduhan yang dihadapi oleh Mat Sabu adalah berunsur politik semata-mata .
Beliau yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berpendapat tuduhan itu juga menunjukkan dengan jelas kepincangan demokrasi di Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
“Bagaimana Najib boleh mahu Malaysia menjadi negara demokrasi terbaik di dunia bila kerajaan beliau tidak dapat menerima padangan sejarah yang berbeza?” katanya.
Semalam Mat Sabu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di bawah Kanun Keseksaan kerana pandangannya berhubung peristiwa Bukit Kepong pada tahun 1950, ketika berceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Menurut Chow yang juga Ahli Parlimen Tanjong, di dalam masyarakat yang demokratik, isu kontroversi Mat Sabu ini telah membuka peluang kepada perdebatan yang kritikal, perbincangan dan pertukaran idea serta ilmu.
“Malangnya, kerajaan Barisan Nasional telah memperkudakan polis, sistem perundangan dan media bagi menutup pekung UMNO-BN yang takutkan penilaian sejarah,” katanya.
Menurut Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Teresa Kok, sekiranya Mat Sabu disabit kesalahan, tokoh PAS itu tidak akan dapat bertanding dan berkempen untuk pilihan raya umum akan datang.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh mendakwa BN sebenarnya takut dan sedang cuba sedaya upaya mengelak dari bertembung dengan Mat Sabu dalam PRU ke-13.
Minggu lalu, Perdana Menteri mengumumkan apa yang disifatkannya sebagai reformasi politik dengan kenyataan bahawa “mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik,” dan “Malaysia yang lebih trbuka dengan demokrasi yang dinamik.”
“Perdana Menteri yang benar-benar terbuka dan dinamik akan mengakui bahawa perbezaan pendapat dalam tafsiran sejarah tidak harus diperdebatkan di mahkamah tetapi diselesaikan melalui dialog dan perdebatan bersifiat ilmiah,” tambah Teresa.
Sementara itu Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago berkata, tugas kerajaan bukanlah menulis sejarah, tetapi ianya adalah tanggungjawab ahli akademik, pengkaji sejarah dan rakyat sendiri.
“Kalau BN merasakan mereka yang memikul beban untuk menulis sejarah, maknanya semua jabatan sejarah di universiti-universiti patut ditutup.
“Tugas kerajaan ialah memastikan masyarakat mempelajari dan mengkaji sejarah agar kita boleh bergerak kehadapan,” katanya.
Oleh itu menurut Charles, “jenayah” Mohamad adalah kerana UMNO melihat beliau sebagai tokoh PAS yang benar-benar menggugat kepentingan dan peluang mereka untuk menang dalam PRU akan datang.
Mat Sabu pula, sebagaimana yang dipetik oleh Malaysiakini, menyatakan bahawa kerajaan BN telah sedar akan kehilangan sokongan rakyat sehingga terbawa-bawa isunya ke mahkamah.
“Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.
“Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik,” katanya. – Roketkini.com

No comments
Post a Comment