Nazak Benar Umno Selangor! Sampai Panggil Geng Untuk Berkubu!
PAS: Permukiman ADUN BN 'tindakan terdesak'
Abdul Rahim Sabri
PAS Selangor menyifatkan permukiman wakil rakyat BN di Selangor yang bermula hari ini sebagai satu tindakan "saat-saat akhir dan terdesak" untuk merampas negeri itu dari Pakatan Rakyat.
"Kita nampak ia sebagai usaha 'last minute' dan terdesak. Kita tidak boleh menghalang (mereka). Kita nak beritahu, rakyat sudah matang, yang banyak maklumat dan (mereka boleh) menilai," kata pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
"Rakyat boleh menilai selepas tiga tahun, ADUN kita turun padang (atau tidak)... Ini usaha terdesak untuk mendapatkan undi rakyat," katanya.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Abdul Rani (kiri) berkata usaha itu juga membuktikan pilihan raya umum ke-13 'semakin dekat'.
Dr Abdul Rani mengulas kira-kira 240 wakil rakyat BN di seluruh negara 'berkubu' di Kuala Selangor dalam permukiman mereka di 891 peti undi dalam rangka merampas kembali negeri itu dari Pakatan.
Permukiman yang disertai ADUN dan ahli kelab penyokong BN itu, akan berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini, dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
Mereka dijangka menyusun jentera, berjumpa dan membantu peti undi tersebut termasuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin BN di peringkat bahagian, (dan) menyusun rancangan di peti undi itu sebelum menghantar laporan kepada BN negeri selepas itu.
Mengulas lanjut, Dr Abdul Rani yang juga ADUN Meru yakin tindakan BN itu "langsung tidak menggugat" sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Saya diberitahu timbalan perdana menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) akan turun. Kita akan naikkan kain rentang mengalu-alukan kedatangan beliau," kata Dr Abdul Rani.
Berdasarkan jadual, ia akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam esok dan ditutup oleh Muhyiddin di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru petang Jumaat ini.

1 comment
memang betul katamu! rakyat sudah matang! penipuan2 PR tak boleh ditutup lagi! insyaalah PR akan tumbang di Selangor! Allahhuakbar!
Post a Comment