Najib, Agama Islam, Hudud Dan Alasan Bangang!
Kenyataan Seorang Perdana Menteri Melayu Yang Beragama Islam Mengenai Undang-Undang Hudud.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,"
Kerabu Bersuara: Semasa Nabi melaksanakan undang-undang Islam di Madinah, hanya ada 17% umat Islam. Majoriti penduduk kaum Badwi dan yahudi. Lagi tak seimbang. Tetapi apabila kuasa di tangan umat islam, maka pelaksanaan harus dimulakan. Tak payah dolak dalik.
"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Surah Al Ma’idah : 44)
2 comments
Apalah yang dok ikut orang punya, orang cipta ,,yang had kita ada pun kita tak mahu pakai.
salam....... mungkin terasa susah kut nak tukar sistem, banyak keroje jangan ikutlah pesyen baru
Post a Comment