Jalur Gemilang: DAP gantung Adun Kota Alam Shah
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Adun Kota Alam Shah M. Manoharan digantung oleh partinya selama enam bulan berhubung satu kenyataan tentang Jalur Gemilang menerusi Facebook, minggu lalu.
Keputusan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti hari ini.
Manoharan berkata beliau telah menerima surat penggantungan dan akan membuat rayuan, demikian lapor The Star Online.
Dalam pada itu, Bernama Online memetik pengerusi jawatankuasa tersebut Tan Kok Wai berkata: “Kami memutuskan untuk menggantungnya selama enam bulan kerana kami berpendapat ulasannya amat serius.”
“Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa dia telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu,” katanya.
Manoharan dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.

No comments
Post a Comment