Tahniah Zizan Dari Pemuda PAS
Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.
Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Saya sangat menghormati sikap sedemikian dan telah saya sebutkan sebelum ini didalam kenyataan saya bahawa sewajarnya pihak pengarah dan pelakon Filem Hantu Bonceng iaitu saudara Mohd Idham dan Zizan memohon maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam. Sekiranya mereka memohon maaf, mereka akan lebih dihormati.
Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini.
Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah tetapi juga pada aksi - aksi yang lain seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda selain ianya bertentangan dengan hukum Islam.
Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-taubah, Ayat 65:
وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia senantiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kita kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
Saya percaya, masih terlalu luas ruang untuk seniman dan karyawan menghasilkan karya seni mereka tanpa melanggar batas syariat dan mencacatkan keindahan Islam. Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award di peringkat antarabangsa, seperti filem dari Iran "Under The Moonlight" yang memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 yang lalu. Begitu juga filem "Children of Heaven" yang dicalonkan sebagai penerima anugerah oscar dalam Academy Award dan memenangi 10 lagi award di pelbagai peringkat antarabangsa.
Sudah sampai masanya, pengarah dan penerbit filem negara menghasilkan filem bermutu tinggi, mendidik minda dan sosio budaya masyarakat serta mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Bebaskan industri filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam.
Saya mengingatkan demikian justeru berkarya juga berkait rapat dengan dosa pahala dan syurga neraka. Karya juga sebahagian dari medium pendidikan umum masyarakat yang berkesan kepada masyarakat. Maksudnya, berkarya dalam pelbagai lapangannya mestilah mengambil kira keredhaan Allah swt, bukan hanya menilai keuntungan dan sambutan bertaraf pecah gudang.
Dewan Pemuda PAS sedia membantu untuk mengangkat martabat industri filem negara dalam ruang yang boleh diambil oleh pemuda selama industri ini sedia untuk bebas dan dibebaskan dari pengaruh maksiat dan mungkar.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia.

No comments
Post a Comment