Soalan Tambahan Buat Dato Adzib

Jika di dalam Parlimen, setelah selesai Menteri menjawab soalan bertulis, ahli yang bertanya diizinkan bertanya soalan tambahan. Walaupun sesi Parlimen masih belum bersidang dan Dato Adzib bukannya menerajui mana-mana kementerian, tetapi sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk menerajui sebuah instituisi yang amat penting di negeri Selangor, saya yakin beliau akan berusaha menjawab soalan bertulis saya tempohari.

Disamping Dato Adzib berusaha menjawab soalan yang saya kemukakan itu, molek juga kiranya kalau saya kemukakan soalan-soalan tambahan agar dapat dijawab secara sekali gus. Mudah sikit, kerana sebagai seorang wakil rakyat Shah Alam, saya memahami kesibukan yang dihadapi beliau sebagai Pengerusi Majils Agama Negeri Selangor.

Soalan tambahan ini pun mudah sahaja. JIka beliau lulus, maka baru kita kemukakan pula soalan yang agak mencabar sedikit.

SOALAN PERTAMA
Adakah benar bahawa yang turut hadir di dalam pertemuan berkenaan adalah sebuah NGO bernama ‘DAMAI’?

SOALAN KEDUA
Adakah benar bahawa NGO ini adalah NGO naungan Jamil Khir? Ini yang disebutkan pada malam tersebut.

SOALAN KETIGA
Adakah benar wakil ‘DAMAI’ bernama Nasir Desa dan beliau juga merupakan wakil dari Pejabat Peguam Negara?

SOALAN KEEMPAT
Adakah benar Nasir Desa ini mendakwa bahawa masalah Kristianisasi ini serius di Selangor dan jauh lagi teruk dari Pulau Pinang?

Hebat. Negeri PR sahaja. Johor yang sebelah Singapura tidak ada, Pahang Darul Judi tidak ada, Sabah dan Sarawak pun tidak ada. Hebat, hebat. Eh, ada sesiapa tahu, Nasir Desa ada kena mengena dengan Zainal Kling kah?

SOALAN KELIMA (DAN TERAKHIR BUAT MASA INI)
Adakah benar Nasir Desa ini juga menyebut, depan Dato sebagai Pengerusi MAIS dan wakil JAIS dan 45 NGO Islam yang berdaftar dengan JAIS, setelah mereka dihidangkan dengan tayangan video ‘lawatan ke DUMC’, “malangnya MB Selangor seorang ahli politik cari makan”?

Saya harap Dato sudi menjawab soalan seperti di atas. Saya, seperti kebanyakan rakyat Selangor sayangkan Selangor dan dengan itu sayangkan MAIS dan JAIS. Terlalu banyak kebaikan dan sumbangan kedua-dua badan ini terhadap perkembangan fahaman dan amalan Islam di Negeri Selangor. Oleh itu saya yakin, rakyat Selangor tidak mahu MAIS mahupun JAIS diperalatkan untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Kalau saya ada masa, saya akan kemukakan soalan susulanyang lebih sukar untuk tatapan rakyat dan untuk dijawab Dato Adzib. Tetapi, perlu dilihat jawapan kepada soalan-soalan selama ini terlebih dahulu. Kalau tidak, buat penat sahaja bertanya, jawapannya tiada.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

engkau yang kerja cari makan dato woi! cari makan dengan umno!

No comments

Powered by Blogger.