Nurul Izzah: Apa salah dengan komisen?
Setelah berlapar, dahaga, menahan nafsu dan kemahuan pada Ramadan, kita menempuh Syawal penuh syukur, menginsafi pemberian Ilahi, beramah serta mengeratkan silaturahim dengan mereka yang dikasihi.
Namun Syawal menjelma dengan seribu kejutan. Pendedahan demi pendedahan oleh Wikileaks mengenai pelbagai tuduhan rasuah pemerolehan (ala komisen) yang dipintas dari kabel maklumat Kedutaan Amerika Syarikat, mengejutkan lagi dunia sempit rakyat yang terus dahaga dengan keadaan ekonomi serba tidak menentu.
Pendedahan terbaru perinci bagaimana pimpinan tertinggi politik Umno, ejen, pegawai-pegawai tertinggi ketenteraan dan kerajaan menerima “komisen” 30 peratus dalam banyak kontrak pemerolehan yang berlangsung.
Kabel didedahkan itu dibuat antara 2004 dan 2009 semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri dan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pertahanan, yang juga Timbalan Perdana Menteri. Sementara waktu, apabila mana-mana pihak, termasuk saya mempersoalkan mengenai pemerolehan persenjataan Kementerian Pertahanan serta soal kapal selam yang hanya boleh menyelam buat seketika, tetapi kebanyakan masa hanya di atas permukaan sahaja, kami dituduh sebagai pengkhianat negara.
Sebenarnya, mereka ini, yang merompak hasil negara menerusi “komisen” yang disapu masuk ke dalam poket-poket persendirian yang merupakan pengkhianat kepada agama, nusa dan bangsa!
Maklumat Wikileaks jelas menunjukkan Umno bergantung pada “komisen” ini sebagai “dana politik” pelaksanaan pelbagai agenda politik sempit, termasuk penambahan pengayaan kocek persendirian mereka.
Saya akan berasa hiba sekiranya benar duit-duit ini diberikan kepada orang Melayu melalui ahli-ahli politik dari Umno, kerana mereka menggunakan duit “haram”.
Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, kita sentiasa berhati-hati memastikan duit kita terima untuk dibelanjakan bagi membeli makanan, perbelanjaan keluarga dan mungkin untuk orang tua tercinta harus datang dari sumber yang halal.
Justeru menjadi bebanan kepada pemimpin-pemimpin Umno untuk menjelaskan dari mana mereka datang untuk diberikan kepada orang Melayu dalam program-program yang dilaksanakan, adakah duit itu datang dari sumber rezeki tersendiri mereka ataupun daripada “komisen” yang diperoleh melalui kontrak pemerolehan kementerian pertahanan ini?
Soal ini bukan saja mengenai “komisen” tetapi kita sering kali diberitahu jangan persoalkan pembelian alat pertahanan negara kerana ia akan menjejaskan persediaan pertahanan yang kononnya perlu diselubungi seribu satu kerahsiaan. Malangnya, sekarang kerahsiaan itu dijadikan alasan bagi sembunyi seribu satu penipuan.
Persoalannya bukan mengenai keperluan pembelian alat pertahanan, tetapi proses pembelian yang mesti mengambil kira matlamat dan juga manfaat yang terbaik untuk negara.
Pertama sekali, dalam dunia yang makin rapat perhubungan dua hala dan kebertanggungan ekonomi di antara negara- negara serantau, sesebuah negara seharusnya dapat mengelakkan pembaziran menerusi kepintaran dalam memilih sistem pertahanan sesuai.
Sebagai contoh perlukah kita membeli kereta kebal berat atau kereta kebal sederhana ataupun ringan memandangkan keadaan topografi tropika yang wujud? Dan adakah perlunya kapal selam yang menelan belanja besar sedangkan matlamat sama mampu diperoleh dengan kapal perang atau ronda?
Rakyat tidak akan rasa terkilan dengan pilihan sistem pertahanan yang relevan dan sesuai, tetapi tentunya menolak apabila dapati hujah awal pemilihan sebenarnya ‘indah khabar dari rupa’.
Dahulu pemilihan pesawat MIG dari Russia dibuat berdasar hujah – ia pesawat terbaik dan tahan lama, malangnya kini kita diberitahu perlu diganti dengan pesawat jet pejuang Hornet dari Amerika Syarikat pula.
Bayangkan kita disuruh beli Lori tiga tan kerana ia besar lasak dan tahan lama sedangkan Perodua MyVi mencukupi untuk menghantar anak ke sekolah yang hanya 1 km jauhnya – bukankah contoh ini jelas menggambarkan amalan yang wajib ditolak?
Bayangkan Koperasi Syarikat kita beli sebuah Proton Saga harga RM200,000 iaitu lima kali ganda harga biasa RM40,000 yang menjadi penanda aras harga pembelian alat – adakah ini amalan menguntungkan atau merugikan rakyat?
Kedua, menjadi kerisauan rakyat adalah proses pembelian yang merugikan negara apabila tidak mengikut perancangan induk pertahanan negara, dan juga tidak telus, bahkan bakal melemahkan pertahanan negara.
Baru-baru ini saya adakan sidang akhbar di hadapan ibu pejabat Kementah di Jalan Padang Tembak – saya aju soalan pada projek “Network Centric Operations” iaitu projek runding terus bernilai RM2 bilion.
Bayangkan kontraktor rumah diupah untuk betulkan bilik air kita tanpa perjanjian jelas dan tidak diletakkan had bajet – bukankah ini menjadi amalan serba membazir lagi tidak bertanggungjawab?
Oleh itu untuk mengelakkan rasuah dan penyelewengan, rakyat wajib diberikan kuasa memantau pembelian dan projek sebegini melalui wakil rakyat di mana satu jawatankuasa pertahanan di Parlimen diwujudkan untuk memastikan ia dilakukan penuh telus demi kepentingan negara bukan pemimpin-pemimpin politik.
Akhir sekali, biarlah pahlawan kita berputih tulang dan bukan berputih mata apabila alat pertahanan yang maha mahal didapati tidak berfungsi. Sudahlah pahlawan negara dikorbankan undi pos dan digadaikan pula kepentingan ekonomi mereka dengan kegagalan LTAT melalui Boustead untuk membeli aset strategik negara daripada Esso Malaysia, inikan pula nyawa dipertaruhkan di medan perang.
Bukankah komisen itu pengkhianatan dalam erti kata sebenarnya?
(Diterbitkan di Sinar Harian, 13 September 2011)

No comments
Post a Comment