BAHANA MENEMPAH SEJARAH BERMUSUH DENGAN TUHAN



BAHANA MENEMPAH SEJARAH BERMUSUH DENGAN TUHAN.

Kini, web-site Israel menunjukkan pelbagai gambar suasana cemas mereka menghadapi serangan roket-roket Briged Al Qassam guna untuk meraih pengertian dunia.

Hakikat yang sebenarnya hanya menunjuk bagaimana Israel melalui hari-hari cemas dalam ketakutan walaupun yang sebenarnya diserang habis-habisan adalah Gaza, satu "penjara terbesar" dunia.

Kita pula, secara kebetulan asyik-asyik menunjukkan pelbagai gambar ummat Islam di Gaza yang bermandikan darah dan hancur akibat kebinatangan Israel. Sehingga lupa untuk melihat daripada sudut "ketakutan" yang sedang menghantui orang-orang Israel.

Sungguh, Israel @ Zionis adalah ummat yang paling penakut. Ketakutan yang sebenarnya hanya pernah ada akibat kedudukan mereka yang pernah menjadi bangsa yang dihalau kerana kemunafikannya ketika menghadapi semua zaman dan semua pemerintahan.

Sebab itu, mereka membuat pembantaian menggila kepada semua termasuk orang-orang awam Gaza. Membuktikan betapa psikologi Israeli adalah pada tahap yang sangat rapuh dan lemah.

Bayangkan kalau Dunia Islam seiring bertindak. Tetapi malang rupa-rupanya Dunia Islam ini masih dihantui dan dibelenggu peristiwa Perang 6 Hari yang penuh strategi saraf dan taktikal Zionis.

Sedangkan mereka ini sebenarnya hanya ada dua kelebihan yang utama iaitu...

1.Pakar Menipu (lihat Al Quran)
2.Berniaga untung (lihat seerah)

Mereka mencipta pelbagai senjata bukan kerana berani untuk berperang. Tetapi untuk perniagaan dan meraih untung hasil daripada kebodohan pihak-pihak lain yang berjaya mereka manipulasikan!

Justeru, bila Briged Al Qassam berjaya bolos sampai betul-betul ke "dalam" negara haram Israel ; sehingga kita sendiri seolah upaya berkongsi rasa betapa TAKUTnya mereka.

Sekali lagi, mereka adalah ummat yang paling pengecut! Bukannya ketumbukan tentera yang patut kita geruni kerana yang sebenarnya merekalah yang sepanjang masa gerun terhadap Islam asal sahaja ummat ini BERSATU, BANGKIT DAN LAWAN.

Seluruh Haifa, Nablus, Ramallah, Jerusalem, Hebron dan lain-lain termasuk Gaza itu sendiri adalah PALESTINE. Jika mahu membebaskannya kenalah "menyantuni" semuanya, bukan?..

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
10 Julai 2014, 20:21

No comments

Powered by Blogger.