Regim Israel menempah nahas
Ketika umat Islam di Malaysia sedang nyenyak tidur atau sedang enak menonton siaran Piala dunia, mahu pun sedang bersiap-siap untuk bersahur, wilayah Gaza yang dikepung terus dihujani dengan bom serangan jet regim penjajah Zionis.
Regim Zionis menyangka bahawa serangan ketenteraan seumpama ini akan dapat melumpuhkan dan mematikan terus semangat perjuangan umat yang mencintai keamanan dan kemerdekaan bumi Anbiya yang telah dijajah buat sekian lamanya.
Mereka sebenarnya telah berbuat satu kesilapan yang terbesar untuk menyerang Gaza di bulan Ramadan al Mubarak. Bulan yang mulia lagi diberkati ini adalah sebenarnya bulan perjuangan yang telah banyak memaparkan sejarah kemenangan umat di dalam pelbagai pertembungan dari lipatan sejarah yang panjang,
Gaza dan Palestin tidak akan menyerah kalah. Bumi ini adalah wilayah umat Islam sejagat dan ia terus menjadi buah hati umat sedunia. Kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang benar dan pencinta keadilan sejagat..
No comments
Post a Comment