KRISIS KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR




Mohammad Agus Yusoff

KRISIS KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Saya mengambil masa lama untuk meneliti faktor yang menyebabkan berlakunya krisis dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Metodologi saya mudah. Saya menemu bual tokoh-tokoh politik tempatan dan nasional, mendengar cerita dari ahli parti, berbincang dengan rakan wartawan dan juga rakan sejawatan.

Rumusan penelitian saya adalah: Teruknya perebutan kuasa dalam politik, semakin pincangnya politik PKR, rapuhnya kerjasama dalam PR, kacaunya politik bila terlalu banyak campur tangan, dan politik ini penuh dengan opurtunis yang menunggu untuk mengambil peluang.

Lalu saya terfikir. Mananya perjuangan untuk membela nasib rakyat dan menegakkan hak rakyat? Nampaknya membela naisb rakyat bukan lagi keutamaan pemimpin politik. Kegilaan mereka ialah berebut kuasa dan mengekalkan kuasa.

Sesat politik macam ini.

1 comment

Salatus Salatin said...

BARU HANG TAU NOOO ! DOK PERCAYA RETORIK PAKATAN SELAMA INI. HANG MENGAJI TINGGIPUN TERTIPU!

Powered by Blogger.