Biadap! Wanita Kafir Pakai Baju Tulisan Al Fatihah

https://fbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/p720x720/10477099_724183010953541_1773243612547586314_n.jpg?oh=14da7da7ac6b1d881782a3618c912046&oe=544095EE&__gda__=1413240840_20d2d96df1ce4539d49ef46cb2811117
siapa jumpa wanita tolong nasihat dengan cara baik. biadap dan kurang ajar!

1 comment

Faris Abdat said...

Kerabu - janganlah Tuan pula menyemarakkan kemarahan dengan menggunakan perkataan " biadap " dan "kurang ajar ".

Pertama, berapa ramai orang kafir yang tahu atau kenal pada ayat-ayat Al-Quran ? Berapa ramai orang kafir yang dapat membezakan antara ayat-ayat Al-Quran dengan ayat-ayat biasa dalam bahasa Arab.

Sesungguhnya, ramai orang Islam sendiri tidak dapat membezakan. Malahan ramai orang Islam sendiri tidak dapat mengenal ayat-ayat Al-Quran pun kerana buta Al-Quran.

Jadi kenapa terus menganggap bahawa apa yang dilakukan wanita ini adalah kerana beliau sengaja, kerana beliau biadap dan kurang ajar ?

Kedua, sepatutnya Kerabu menyarankan orang Islam supaya bersabar kerana mungkin wanita ini tidak tahu apa yang dipakainya itu adalah sesuatu yang suci bagi orang Islam.

Yang anehnya, Kerabu menyarankan orang Islam yang terserempak dengan wanita ini memberikannya nasihat dengan baik. Syabas. Tetapi pada masa yang sama Kerabu menaikkan kemarahan dengan memberikan gambaran bahawa wanita ini sengaja memakai baju itu.

Berita mutakhir - wanita ini adalah pelancong Korea yang telah membeli pakaian itu di India.

Powered by Blogger.