Yahudi bangsa dilaknati ALLAH
DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
17 Julai 2014
SAYA sedang berehat di dalam wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada masa sekarang atas nasihat doktor.
Namun, setiap hari saya tidak lekang untuk menatap berita-berita dari akhbar-akhbar dan juga media maya khususnya yang melibatkan pergolakan di bumi Gaza ada hari ini.
Sesungguhnya hanya ALLAH SWT sahaja yang tahu betapa hati kita turut hancur luluh bersama kehancuran rumah-rumah kediaman milik rakyat Palestin akibat diserang tanpa perikemanusiaan oleh Israel.
Yahudi ialah bangsa yang dilaknat oleh ALLAH SWT.
Ia termaktub di dalam banyak ayat-ayat al-Quran.
Salah satunya ialah ayat yang diwajibkan ALLAH SWT ke atas kita untuk membacanya di dalam solat iaitu ayat di dalam surah al-Fatihah.
Selepas kita diwajibkan memohon daripada ALLAH SWT agar dikurniakan jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang diberikan nikmat, ALLAH SWT terus mendatangkan ayat selepasnya iaitu bukan jalan orang-orang yang dimurkai.
Sepakat para ulama menyatakan bahawa golongan yang dimurkai ini ialah orang-orang Yahudi yang membelakangkan iman mereka kepada Nabi Muhammad SAW hanya kerana darah bangsa yang berbeza.
Yahudilah bangsa yang membunuh para nabi sekalipun nabi-nabi itu dari kalangan bangsa mereka sendiri.
Jika mereka sanggup membunuh para nabi, apalah sangat untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin pada hari ini.
Jenayah membunuh anak kecil itu sangatlah remeh di pandangan mata mereka jika dibandingkan dengan kesanggupan membunuh para nabi.
Tidak dinafikan ada bangsa Yahudi yang memeluk Islam dan mendapat hidayah daripada ALLAH SWT, tentunya mereka ini terhindar dari kutukan yang dimaksudkan oleh ALLAH SWT.
Namun secara umumnya itulah sifat bangsa Yahudi iaitu melebihkan diri mereka berbanding bangsa yang lain.
Darah mereka dianggap mulia daripada darah bangsa yang lain. Juteru, nyawa bangsa yang lain itu dianggap sebagai murah tanpa harga dan sewenang-wenangnya dapat ditamatkan bila-bila masa sahaja.
Satu daripada tanda sesatnya Yahudi ialah mereka mendakwa sebagai anak ALLAH SWT.
Ini dinyatakan oleh ALLAH SWT di dalam al-Quran : Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak ALLAH dan yang amat disayangiNYA".
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah DIA menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNYA. DIA mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan serta hukum SyariatNYA), demikian juga DIA menyeksa sesiapa yang dikehendakiNYA. Dan (ingatlah) bagi ALLAH jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada ALLAH jualah tempat kembali" (Surah al-Maidah, ayat 18)
Saya menyeru kepada sekalian umat Islam agar bangkit membantu saudara seagama kita yang sedang menghadapi ujian di bumi Gaza ekoran sifat kebinatangan bangsa Yahudi.
Berdoalah dan hulurkan bantuan.
Para ulama wajib bangkit memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Jangan ada yang menyinsingkan jubah bimbang terpercik darah rakyat Palestin sedangkan dirinya hidup dalam kemewahan akibat menjual fatwa.
Ramadan ini peluang kita untuk memanjatkan doa yang Insya-ALLAH dimakbulkan oleh ALLAH SWT. Saya penuh yakin Insya-ALLAH, bangsa Yahudi yang zalim ini sedang berjalan menuju ke saat kehancuran mereka yang telah dijanjikan ALLAH SWT.
Sekian, wassalam.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas
No comments
Post a Comment