Khalid nafi serah surat letak jawatan
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] "Itu tidak benar, saya baru saja mempengerusikan mesyuarat, petang ini pun saya ada satu mesyuarat lagi," ujar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus menafikan berita yang tersebar kononnya beliau bakal meletakkan jawatan, hari ini.
Abdul Khalid yang ditemui pemberita turut menggesa pihak yang menyebarkan berita palsu itu supaya menghentikan perbuatan tersebut.
Sejak semalam, tersebarnya berita kononnya Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor pagi tadi untuk menyerahkan surat peletakan jawatan.
Ekoran itu, pekarangan istana Selangor menjadi perhatian pemberita yang setia menantikan kelibat pemimpin berkenaan.
Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad yang dikatakan bakal menggantikan Abdul Khalid juga turut menafikan perkara itu.
"Tak betul. (Saya) sedang mesyuarat dengan Menteri Besar (Selangor). Mesyuarat Perancangan Negeri," ujar Iskandar.

No comments
Post a Comment