hak dinafikan...tolong pak lahku...

KUALA LUMPUR 29 April - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bimbang 'halangan' kepada ahli-ahli UMNO untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) di peringkat bahagian hanya akan mendorong mereka memilih cara yang salah untuk bersuara seperti menyertai demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram yang boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Beliau berpendapat EGM yang dilakukan mengikut perlembagaan parti patut digalakkan bagi melihat amalan demokrasi berkembang subur dalam UMNO.

Tengku Razaleigh bimbang kurangnya peluang mengadakan rundingan akan melemahkan UMNO malah kesannya dapat dilihat melalui keputusan pilihan raya lepas.

"(Sekiranya) semua ahli UMNO perlu mendengar kata Presiden parti, mereka semuanya patut 'jahit mulut.'

"Itu kehendak Presiden parti tetapi lain pula kehendak ahli-ahli. Kalau ahli-ahli nak buat EGM, tidak ada kuasa yang boleh melarang kerana ia dibenarkan malah sepatutnya digalakkan kerana ia mengikut peraturan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, supaya semua bahagian UMNO tidak mengadakan EGM bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan, sebaliknya memusatkan tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat.

Pada 4 April lalu, UMNO Gua Musang menjadi bahagian pertama mengadakan EGM bagi membincangkan hala tuju UMNO dan Melayu selepas Barisan Nasional (BN) mencatatkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu.

Mesyuarat itu dihadiri seramai 423 perwakilan dari 119 cawangan UMNO bahagian berkenaan dan turut disertai lebih 2,000 pemerhati termasuk dari Terengganu, Johor, Perak, Pahang, Kedah, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Dua usul yang diluluskan ialah meminta Majlis Tertinggi (MT) mengadakan perhimpunan agung khas bagi membincangkan hala tuju parti selepas mencatatkan prestasi buruk dalam pilihan raya dan beberapa pindaan dibuat dalam perlembagaan parti bagi memastikan UMNO terus relevan dan memperjuangkan nasib kaum Melayu di negara ini.

Tengku Razaleigh berkata, pucuk pimpinan parti tidak dapat mengawal atau menghentikan perasaan rakyat.

"Ini adalah sebuah negara bebas. Setiap orang berhak bercakap apa yang mereka mahu. Salah atau silap kata-kata mereka, biarlah masyarakat umum yang memutuskannya," katanya.

Ketua Bahagian UMNO Gua Musang itu bagaimanapun tidak menganggap permintaan Presiden itu bertentangan dengan perlembagaan parti.

kerabu je yang berani bersuara hehehehe....

No comments

Powered by Blogger.