nuar muso pulak nak letak jawatan?bagus la nuar...


KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Annuar Musa menjelaskan, beliau bersedia melepaskan jawatannya itu apabila pucuk pimpinan parti berasa masanya sudah tiba berbuat demikian.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata sekiranya pucuk pimpinan parti berasa masanya sudah tiba, mereka tidak perlu berasa segan, kasihan atau malu untuk bertindak.

Katanya, beliau sudah menjelaskan kepada ketua bahagian pada mesyuarat perhubungan mengenai kesediaan dan kedudukannya akan diganti tokoh lain bila sampai masanya.



"Saya sudah mengesyorkan kepada pucuk pimpinan parti mengenai perkara ini dan bila sampai waktunya bila mereka fikir patut, tempat saya boleh diganti dengan sesiapa saja.

"Saya membuka ruang untuk tokoh yang bakal menggantikan saya membuat persiapan. Kita ada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin; Setiausaha Politik Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad dan ramai tokoh lagi.

"Mereka sudah saya beri ruang untuk mengambil alih menerajui serta meneruskan kesinambungan perjuangan parti di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri, di sini, semalam.

Annuar berkata, selagi pucuk pimpinan tidak membuat keputusan itu, beliau akan meneruskan perjuangan dalam Umno.

"Sekiranya sudah ada pengganti, saya tetap berjuang serta membantu pemimpin itu sebagai aktivis parti walaupun tiada kedudukan dalam parti," katanya.

Beliau berkata, hasil mesyuarat kali ini, semua ketua 13 bahagian Umno yang hadir kecuali Gua Musang sebulat suara menyokong perebutan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti dielakkan.


kerabu bersuara-saya rasa nuar memang patut letak dari dulu lagi..dia ni banyak bagi masalah kat kerajan negeri, bukan bagi idea tapi mamat ni asyik dok nak boikot..asyik nak keluar...nak keluar....sekarang nuar, ko blah la....rakyat kelantan dah benci dengan ko...tau tak??????

No comments

Powered by Blogger.