nape toyol dah mula menyalak???

Dato Seri Dr. Mohd Khir menggesa Kerajan Negeri Selangor menunaikan janji mereka yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum lalu.

Antaranya termasuk mengurangkan bayaran bil air di bawah sukatan 2 meter padu dan setiap anak Selangor yang berjaya ke institusi pengajian tinggi akan menerima RM1,000.

Mengenai isu pembukaan jalan menghubungkan Bandar Mahkota Cheras dengan Lebuh Raya Cheras-Kajang, Dato' Seri Dr. Mohd Khir berharap Kerajaan Negeri Selangor tidak menggunakan wang rakyat sebagai bayaran pampasan kepada pemilik konsesi lebuh raya tersebut.

Masalah yang timbul ini katanya, berpunca daripada syarikat pemaju perumahan yang membina laluan baru bagi membolehkan penduduk Bandar Mahkota Cheras dan sekitarnya masuk ke Lebuh Raya Cheras - Kajang dari susur keluar persimpangan Bandar Tun Hussein Onn dan Kampung Batu 10 tanpa perlu membayar tol di Plaza Tol Batu 11.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Shah Alam.

Katanya pemilik konsesi lebuh raya itu, Grand Saga Sdn. Bhd menuntut ganti rugi sebnayak RM200 juta bagi menampung kerugian yang bakal dialami sekiranya laluan Persiaran Mahkota Cheras dibuka.

No comments

Powered by Blogger.