Ucapan Agong Pukul Pak Lah?


KERAJAAN Malaysia pimpinan BN dan Pak Lah dituntut supaya meminta maaf kepada kerajaan dan rakyat Kelantan kerana kesalahan tidak salurkan bantuan tertentu kepada negeri itu sebagaimana mengikut amalan sistem demokrasi. Itu tuntutan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Antaranya, (Menurut Bernama seperti kenyataan Harakah 29April08) memetik Nik Abdul Aziz berkata, sejak 18 tahun yang lalu Kelantan diperintah oleh PAS tidak menerima peruntukan untuk program perumahan kos rendah dan bantuan kelengkapan peralatan untuk pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sepatutnya disalurkan oleh kerajaan Pusat.


Kalau Terengganu sekarang minta kembali royalti minyak negeri itu yang ditahan semasa pemerintahan PAS dulu, fasal apa Kelantan tak boleh minta bayar balik bayaran yang sepatutnya mereka terima? Kan kita negara demokrasi?

UMNO pula baru-baru ini memutuskan untuk membuat bayaran ex-gratia kepada bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abbas dan beberapa hakim lain yang dipecat berikutan krisis kehakiman pada 1988. …. Dan Ketua Pemuda UMNO juga telah meminta maaf kerana menjulang keris telanjang sewaktu Perhimpunan Agung UMNO yang selama ini menjadi isu di kalangan rakyat Malaysia bukan Melayu.

Nampaknya UMNO ni macam hendak berubah jadi baik pula?

Tapi bagaimana dengan projek-projek mega yang dirancang di zaman BN di Pulau Pinang telah tak jadi diteruskan dengan pelbagai alasan? Kita tahu sebenarnya adalah kerana yang perintah sekarang adalah kerajaan Pakatan Rakyat? Projek jambatan, monorel dan akan datang apa-apa lagi! Semuanya akan digagalkan. BN memang tidak gentleman macam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, yang meneruskan juga ‘projek babi’ Khir Toyo (BN). Bahkan benarkan tambah lagi peruntukan.

Jelasnya, memang kerajaan BN tidak ada maruah dan tiada demokrasi.

Oleh itu, ucapan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah… ucapan yang meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas, jujur serta sentiasa menunjukkan tingkah laku terpuji demi maruah diri dan negara… pada saya memang terkena atas kepala Pak Lah sebagai pengerusi BN yang tiada maruah dan tidak demokratik itu.

Titah baginda di mesyuarat pertama Penggal Pertama Parlimen ke-12, di Parlimen pagi tadi, sepatunya telus dan terus menelusuri ke telinga Pengerusi BN, yang sudah tentu peka, dan tidak pekak macam telinga kuali…

No comments

Powered by Blogger.