Arsenal belasah Villa

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1128/Kosmo/Sukan/su_02.1.jpg

ARSHAVIN (kiri) dan Nasri meledakkan satu gol bagi membantu kemenangan 4-2 Arsenal ke atas Villa semalam.

LONDON - Arsenal melonjak ke tangga teratas Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan dramatik 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park semalam.

Skuad bimbingan Arsene Wenger itu mengumpul 29 mata, masing-masing satu mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea dan Manchester United.

Pemain sayap Rusia, Andrey Arshavin meletakkan skuad The Gunners di hada- pan pada minit ke-39 selepas berjaya menembusi benteng pertahanan Villa, sekali gus menewaskan penjaga gol, Brad Friedel.

Enam minit kemudian, pemain tengah Perancis, Samir Nasri menjadikan kedu- dukan 2-0 selepas dia bijak menyambar hantaran lintang Arshavin untuk sekali lagi menewaskan Friedel.

Begitupun, Villa berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Ciaran Clark pada minit ke-52 sebelum Marouane Chamakh kembali meletakkan Arsenal selesa di depan tiga minit kemudian.

Pada minit ke-70, Clark meledakkan gol kedua Villa tetapi Jack Wilshere membuktikan kehebatannya untuk mengesahkan kemenangan Arsenal pada minit-minit akhir permainan.

Kemenangan itu adalah penamat kepada minggu yang penuh dramatik bagi Arsenal yang tewas 0-2 kepada Braga pada aksi Liga Juara-Juara selepas diaib- kan dengan kekalahan 2-3 kepada Totten- ham Hotspur di gelanggang sendiri.

Manakala Villa hanya mampu mengutip satu mata daripada tiga perlawanan terakhir liga.

Begitupun, kedudukan Arsenal di persada liga ini hanya untuk tempoh yang singkat kerana mereka bakal dipintas sekiranya United berjaya menewaskan Blackburn Rovers manakala Chelsea menundukkan Newcastle United pada perlawanan masing-masing. - AFP

No comments

Powered by Blogger.