Umno-BN jadikan media untuk serang parti lawan

PETALING JAYA 28 Nov – Umno-Barisan Nasional (BN) ketandusan idea apabila menggunakan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 menyerang Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) bertubi-tubi terutamanya terhadap Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Jerjak, Sim Tze Zin yang membidas tindakan tersebut berkata, Dr Wan Azizah sebagai seorang wanita berkaliber turut tidak terlepas daripada serangan Umno-BN yang secara membabi buta.

“Tindakan itu merendahkan kredibiliti politik ke satu tahap yang cukup memalukan yang tidak pernah kita tengok dalam sejarah Malaysia di mana taktik kotor itu digunakan terhadap sesebuah parti.

“Dulu mereka serang PAS dan DAP tetapi tidaklah sampai ke tahap begitu, sementara KEADILAN diserang secukup-cukup menggunakan media yang pro mereka,” ujar beliau.

Sementara itu Adun Bukit Lanjan, yang juga merupakan Exco Selangor, Elizebeth Wong berkata, media pro Umno-BN menggunakan kesempatan ini bagi memburuk-burukkan KEADILAN.

Menurut beliau, apa yang dikemukakan pembahas-pembahas dalam sidang Kongres Nasional ke-7 KEADILAN hari ini masih lagi segar dan kukuh sehinggakan menyebabkan parti lawan gentar.
“Media parti lawan boleh tulis apa yang dia suka tetapi akhirnya anggota parti yang akan menerajui dan bukannya media massa.
Adun Teja, Chang Lih Kang pula berpendapat, liputan dan serangan media pro Umno-BN yang meluas itu membuktikan KEADILAN semakin relevan dan digeruni pihak lawan.

“Ini menunjukkan Umno-BN semakin takut dengan parti kita kerana tidak ada dalam sejarah yang mana mereka mengatakan parti kita parti nyamuk tetapi pada masa yang sama media mereka memberikan liputan yan meluas dalam arus perdana.

“Saya rasa ini satu petanda bahawa parti kita sangat digeruni oleh pihak Umno-BN,” tegasnya di luar sidang dewan.

Selangorkini

No comments

Powered by Blogger.