Apabila Menteri Sendiri Cakap Utusan Malaysia Menipu

Krisis UM: Laporan Utusan bukan suara presiden PKAUM, kata menteri


KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Laporan Utusan Malaysia mengenai Universiti Malaya (UM) yang didakwa mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar, bukanlah kenyataan daripada Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof Madya Dr Azmi Shahrom.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini dimaklumkan sendiri oleh PKAUM dalam kenyataan media yang diberikan kepada beliau.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan National Awareness Campaign: Education NKEA EPP 10-Building a Hospitality and Tourism Discipline Cluster di sini Khamis, menurutnya PKAUM melahirkan rasa kecewa kerana presidennya Prof Madya Dr Azmi Sharom, telah dipetik oleh akhbar itu sebagai jurucakap dan pendedah maklumat kepada isu yang dibangkitkan.

Bagaimanapun beliau hanya hadir pada sidang akhbar itu untuk melindungi hak anggota persatuan tersebut yang ingin bersuara, kata Khaled dipetik Bernama Online.

“Dr Azmi amat terkilan kerana terdapat pihak yang salah guna nama beliau. Malah PKAUM menafikan maklumat yang diberi dalam keratan itu sebagai kenyataan dan pendirian persatuan.

“Kenyataan yang disuarakan adalah pandangan ahli. PKAUM memohon kesilapan fakta diperbetulkan dan disiarkan oleh akhbar itu. PKAUM juga sentiasa menyokong usaha semua pihak untuk meletakkan UM sebagai universiti bertaraf dunia tanpa mengabaikan kakitangan,” katanya ketika membacakan kenyataan media berkenaan.

Utusan Malaysia hari ini memetik Azmi sebagai berkata UM didakwa sedang mengalami krisis kemerosoton ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Sehubungan itu Khaled berata Dr Ghauth dijangka mengadakan sidang akhbar esok bagi memperjelaskan mengenai perkara tersebut.

Mengulas laporan akhbar berkenaan, beliau berkata hanya 123 orang yang meninggalkan perkhidmatan dan “bukan lari” dari UM, sebaliknya meninggalkan perkhidmatan kerana bersara atau meninggal dunia.

Ditanya sama ada UM mempunyai lebih daripada 80 peratus pensyarah luar seperti dilaporkan akhbar itu, Khaled berkata beliau menyerahkan kepada Dr Ghauth untuk menjelaskannya esok.

“Bagaimanapun kita memang menggalakkan setiap universiti mempunyai 15 peratus pensyarah luar,” katanya.


kena kat batang hidung sendiri baru tahu kahkahkahkah!

1 comment

Unknown said...

Utusan nak cakap pihak lain hilang keyakinan, padahal rakyat Malaysia sebenarnya memang dah tak yakin dengan Utusan Malaysia, stafnya pun ramai dah cabut, mereka gelisah dan tertekan kerana bahan-bahan yang hendak dipaparkan sentiasa disemak dan disemak, termasuk kes Universiti, pandai-pandai kata UM ada masalah,sebenarnya para editor kanan, kiri, tengah,tepi, atas dan bawah gelisah. Apa nak jadi Utusan? Melayu sendiri tak baca dah.Syukur Alhamdulillah.

Powered by Blogger.