Tukar saham MAS-Air Asia bukti transformasi ekonomi Najib gagal


Perkembangan terkini syarikat penerbangan MAS merupakan petunjuk jelas bahawa transformasi ekonomi Najib telah gagal, kata Pengarah Strategi dan Politik KEADILAN, Rafizi Ramli.

20.5% peratus saham dalam MAS kini dimilki AirAsia dan 10% saham AirAsia pula dimiliki Khazanah Nasional Berhad selepas pertukaran saham MAS-AirAsia beberapa minggu lalu berlaku.

“Ini merupakan petunjuk awal bahawa Program Transformasi GLC gagal memandangkan pemulihan MAS dianggap sebagai petunjuk utama usaha tersebut,” kata Rafizi kepada pemberita di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau menambah sejak akhir-akhir ini, Najib juga ghairah menjadikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pembiaya kepada projek mega yang menggunakan dana awam.

Namun, pada masa yang sama projek ini tidak dikawal selia kerana ia tidak disenaraikan sewaktu pembentangan belanjawan negara.

“Kerajaan begitu ghairah untuk memasarkan laporan penunjuk prestasi utama (KPI) kepada rakyat. Sementara GLC disalahguna dalam mewujudkan pertalian kartel politik perniagaan dengan menggunakan hasil cukai rakyat,” kata Rafizi.

Mengulas lanjut pertukaran saham MAS-Air Asia, Rafizi menjelaskan tindakan itu bersifat jangka pendek dan kabur terutamanya aspek kesan masa depan industri pengangkutan udara negara.

Ia akan mewujudkan dominasi dengan mangsa utama industri penerbangan domestik adalah rakyat Malaysia dan operator lapangan terbang negara, MAHB.

“Malaysia tidak pernah mempunyai dasar pengangkutan udara atau undang-undang yang mengawalselia pembangunan industri pengangkutan udara.

Jadi, adalah mustahil untuk melihat kemunculan pemain baru untuk mencabar monopoli AirAsia.

Manakala Air Asia akan menggunakan kelebihannya sebagai monopoli penerbangan tunggal negara bagi memenuhi kehendaknya dari MAHB yang sebelum ini terbantut, kata Rafizi.

“Penyertaan Air Asia dalam keputusan penting melibatkan MAS akan membuka ruang kepada pertembungan kepentingan yang lebih besar.

“Adakah seseorang itu boleh membahagikan keutamaannya kepada dua pihak dalam satu masa?” tanya Rafizi.

No comments

Powered by Blogger.