Komen Terpilih: Sampai Bila Rakyat Sarawak Diperbodohkan Oleh UMNO?

Apai Awang said...

Parti Politik dari sarawak seharusnya tidak bersekongkol dengan UMNO untuk mendapatkan kuasa. UMNO hanya memperalatkan undi dan kekayaan rakyat negeri Sarawak. Dari selepas Merdeka lagi kita boleh dapati sangat kurang usaha parti BN yang diterajui oleh UMNO berusaha untuk memajukan Sarawak.


Oleh itu barang siapa yang merasakan diri mereka ditindas oleh UMNO janganlah bersekongkol dengan UMNO. Parti politik dari sarawak harus menjauhkan diri dan jangan terlalu mengikut telunjuk UMNO jika ingin memenangi hati dan undi rakyat Sarawak.
Orang Melayu UMNO dan Islam UMNO adalah terlalu ego dan merasa bahawa hanya mereka sahaja yang berhak terhadap agama,ekonomi, politik dan pelbagai kesitemewaan lagi. Bila terlalu lama dalam keadaan selesa mereka takut untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Rakyat inginkan perubahan dan bukannya Propaganda 1Malaysia yang tidak membawa apa apa erti.


Bagi negeri Sarawak,Sial buat jalan raya, bekalan air dan eletrik itu yang dituntut oleh rayat luar bandar. Jalan tiada, eletrik tiada, air bersih tiada, Kemana hasil minyak, balak dan pelbagai kekayaan negeri sarawak.


BN Sarawak harus menuntut hasil kekayaan negeri sarawak untuk memajukan negeri Sarawak. Hasil kekayaan Sarawak harus diberi kepada Sarawak untuk memajukan negeri sarawak agar iyanya sama maju dengan negeri di Tanah melayu. Selepas negeri sarawak maju setaraf dengan negeri lain barulah hasil dari negeri sarawak boleh dibahagikan denga negeri lain yang memerlukannya.


Orang Iban, Melanau, Bidayuh, Melayu, Orang Ulu, Cina dan pelbagai suku kaum di Sarawak telah diperbodohkan oleh UMNO. Bebaskan Sarawak dari Cengkaman UMNO.

1 comment

awang samiun said...

Komen Apai Awg tidak betul dan jauh meleset! Walaupun saya tidak menyokong sangat UMNO tapi yang patut disalahkan ialah PBB-Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak.UMNO tak ada kaitan langsung. Malah Sarawak adalah satu satunya negeri dibawah BN yang diberi kuasa penuh memerintah negeri tersebut tanpa direktif daripada Presiden UMNO. Malah Sabah sejak kedatangan UMNO bukan lagi boleh memerintah sesuka hati seperti era USNO atau Berjaya dulu.Mungkin itu sebahagian harga yang orang Sabah perlu bayar bila menjemput UMNO datang ke negeri mereka. Pehin Sri sekarang atau Tun Rahman dulu memang memerintah Sarawak seolah olah seorang sultan ! Dan sebab itu PBB bermatian tidak mahu UMNO berkembang ke Sarawak! Tapi ironinya apa yang Najib hadapi sekarang ialah kerana terlampau sangat memberi kebebasan kepada Pehin Seri memerintah,kemungkinan besar kejatuhan kerajaan Sarawak kepada pembangkang makin ketara. Yang pasti kerusi undi Parlimen Sarawak akan banyak jatuh ke tangan Pakatan dalam PU 13 ini nanti. Orang orang dayak sudah mula berubah angin dan selera. Taktik DAP memasukki kawasan dayak sudah mula membuah hasil. PKR memang sudah lama bergerak dalam kawasan dayak .Sekiranya orang orang dayak dalam PBB memberontak kumpulan Bumiputera dalam PBB akan tertekan.Makin lama Najib menunda PU 13 semakin cerah Pakatan menambah kerusi Parlimen di Sarawak !

Powered by Blogger.