Manipulasi undi pos: PAT hina empat bekas tentera


Mohd Adram Musa

Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat semalam.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Mejar (B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, En. Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.

Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Bin Kassim di hadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.

Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan.

Menyalahkan pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.

Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.

Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.
Penulis adalah Timbalan pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS

1 comment

Askar Setia said...

Pihak pembangkang dah ketandusan isu nk disensasikan... segala tuduhan dikatakan berlaku pada tahun 70an dan 80an.

sekrang ni utk makluman semua, sistem pengundian undi pos utk tentera dijalankan dengan telus dan sisematik. bukan mcm tahun 70an dan 80an. zaman perang dgn komunis semuanya masih belum cukup teratur dan tak cukup tidur! Nuri nk keluar masuk hutan pon payah!

Kepada semua pihak, janganlah menabur fitnah sesuka hati. Sudah terang lagikan bersuluh. Tiada penipuan undi pos langsung. Setiap anggota diberi kebebasan untuk pangkah sapa saja yang disokong!
Aku bg satu analogi mudah. Pihak pembangkang ni mcm mekanik motor yang nk bercerita dah 'sekolahkan' orang pasal anatomi badan manusia.THEY KNOW NOTHING ABOUT MILITARY!

Kalau betol la nk perjuangkan kebajikan ATM, p masuk rekrut dulu. Rasa susah payah dulu. Bukan terus muncul nk jadi HERO MALAYA. padahal dulu satu habuk pon pembangkang ni xsebut ape2 pon pasal tentera.

P/s: Pihak pembangkang akan terus lupakan tentera lepas PRU13. Percayalah!

www.askarsetia.blogspot.com

Powered by Blogger.