Kenyataan Media Dato Husam :Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan


Kenyataan Media
Dato Husam Musa
25 Ramadhan 1432

Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan

Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion.

Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu.

Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya.

Dalam hal ini, adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini di daratkan di Bachok,Kelantan.

Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.

Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja Insyaallah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.

Salam Ramadhan dari Masjidil Haram.

Wassalam.

Dato' Husam Musa

-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan
-Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan
-Naib Presiden PAS

25 Ramadan 1432
Mekah
-------------------------------------- laporan berkaitan -------------------

KUALA LUMPUR, Aug 23 (Bernama) -- Petronas and its production sharing partners (PSC) are embarking on a RM15 billion upstream project to develop and produce gas reserves from a cluster of discovered gas fields offshore Peninsular Malaysia.

Called the North Malay Basin project, it is one of the new initiatives and novel efforts by Petronas and its partners to extract and evacuate gas with high CO2 content, as well as reserves from marginal fields to meet gas demand in Peninsular Malaysia.

In a statement Tuesday, Petronas said the project comprises nine discovered gas fields located within Blocks PM301 and PM302 and in the Bergading contract area, about 300km off the coast of the peninsula.

It will also involve the development of a new 200km pipeline to transport gas from the fields to Kerteh, Terengganu, it added.

Petronas and its PSC partners are undertaking the project on an accelerated basis, with the first delivery of 100 million standard cubic feet of gas per day (mmscfd)expected by early 2013, ramping up to 250 mmscfd by 2015.

Petronas said the development of the North Malay Basin project followed the recently introduced incentives by the government, particularly for the development of marginal fields, high CO2 gas fields and fields located in the high-pressure, high-temperature conditions.

It said the gradual revision of gas prices to domestic customers, as recently annouced by the government, also makes the project more economically feasible for industry players.

Petronas said the additional volume of gas from the North Malay Basin project would help sustain supply to its customers in Peninsular Malaysia.

The project, which entails numerous upstream commitments, is expected to encourage more investments by the industry players and spur exploration activities that could lead to sizeable discoveries offshore Peninsular Malaysia.

-- BERNAMA

1 comment

hussin said...

wahai melayu malaysia. salam ramadhan. kelantan itu bukan negeri melayu? jika kamu sayangkan melayu, kamu pastikan pru 13 nanti terajang umno dari putrajaya. dengan demikian kamu telah membuktikan kamu benar2 melayu yang sayangkan bangsa dan negeri melayu. bukan seperti umno yang nyata mengkhianati melayu. jangan biarkan masa depan melayu ditentukan oleh raja2 mendeliar dan pembodek2 mendeliar!

perkasa. mu melayu ke apa? ketua mu totok penjilat raja mendeliar. eeeeeeeeeeeee

Powered by Blogger.