SU Umno: Salah Satu Sebab Umno Ditubuhkan Adalah Nak Perjuangkan Islam

SU Agung Umno: Saya kasihan dengan ‘nasib’ Hasan Ali
August 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kasihan dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali, yang didakwa Umno tersepit di sebalik isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

“Dalam isu pemeriksaan oleh Jais ke atas (Gereja Methodist Damansara Utama) DUMC, saya kesiankan Datuk Hasan Ali, Hasan cakap lain, datang Pemudanya (PAS) cakap lain, datang pula (Menteri Besar Tan Sri) Khalid (Ibrahim) cakap lain,” kata Tengku Adnan dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Tengku Adnan menambah keadaan itu kerana mereka ini sudah seteru kerana mereka telah menjadi “topeng kepada pihak tertentu.”

“Sedangkan kita BN adalah barisan yang jelas konsensus bahawa apa yang kita putuskan mesti bersama dan akan kita ikut,” kata beliau lagi.

Hasan juga merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais didakwa membuat serbuan ke atas gereja tersebut pada 3 Ogos lalu. Bagaimanapun agensi itu mendakwa ia hanya membuat pemeriksaan sahaja.

Pengurusan gereja itu mempertahankan bahawa Jais membuat serbuan pada malam 3 Ogos lalu ketika berlangsungnya majlis makan malam muhibah anjuran Komuniti Harapan.

Sementara Hasan pada hari yang sama mempertahankan tindakan Jais, Menteri Besar Selangor pada 4 Ogos lalu meminta semua pihak dalam kerajaan negeri agar tidak mengulas sehingga Jais menyediakan laporan lengkap.

Dalam ulasannya, Tengku Adnan juga berkata beliau sendiri tidak faham mengapa PAS menuduh Umno menjadi dalang di sebalik serbuan Jais.

“Kita hendak tahu atas dasar apa mereka tuduh Umno. Setiausaha Agung PAS (Datuk Mustafa Ali) menuduh perkara itu didalangi oleh Umno kerana mahu menjatuhkan imej PAS dan hendak melagakan PAS di Selangor, apa dia ingat Umno ini tidak ada kerja lainkah,” katanya lagi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider kelmarin Mustafa mempertahankan pihaknya ada bukti dan tidak akan tunduk kepada desakan Umno Selangor.

Tengku Adnan berkata, salah satu sebab tertubuhnya Umno adalah kerana mahu mempertahankan Islam, dan tidak mahu pandangan akidah umat Islam dipesongkan.

“Sekarang ini pun kita tengok banyak yang menular. Barangkali mereka fikir kerajaan yang ada sekarang ini terlalu terbuka, kerajaan ini tidak mendengar dan tidak mengambil tindakan yang tegas, jadi mereka mulakan dengan pelbagai kerenah.

“Tapi dalam keadaan seperti ini pula janganlah kita mengambil kesempatan untuk memesongkan lagi akidah umat Islam,” kata beliau.

Selain isu gereja, Tengku Adnan juga menyentuh isu larangan dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Pulau Pinang.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya memberitahu, “Okey kalau mengaji tidak boleh kuat tetapi kita boleh berbincang kerana dahulu tidak ada teknologi mikrofon, sekarang ini internet ada.”

“Malah rakam al-Quran dalam kaset, VCD, dalam notebook dalam ‘thumbdrive’ nak simpan sebaik mungkin dan jaga kesuciannya kerana dahulu orang hafaz al-Quran sahaja sehingga tidak pernah dibukukan dan sehinggalah selepas banyak penghafaz al-Quran meninggal dunia, barulah dibukukan mengikut kaedahnya, takkanlah kita tidak boleh menggunakan teknologi yang ada ini,” katanya lagi.

Tengku Adnan juga mendakwa, apa yang dilihat oleh beliau saat ini ialah cubaan pembangkang untuk mengambil kesempatan dalam kes berkenaan untuk kepentingan politik.

Atas faktor itu jugalah, kata beliau, jika dibiarkan Bersih 2.0 melakukan demonstrasi jalanan, risiko atas apa yang berlaku di Britain tempoh hari mungkin tinggi.

“Jika berlaku di sini mungkin lebih dahsyat lagi, kalaulah ditakdirkan berlakunya kejadian orang Melayu bakar rumah Cina atau orang Cina bakar rumah orang Melayu, perkara lebih dahsyat akan berlaku dan semua ini kita perlu cegah.

“Jadi, kerajaan yang ada sekarang mahukan ketenteraman rakyat yang ada kini tidak digugat, itu yang penting,” kata beliau.

Psssttt: Tobat ramai akan masuk umno! hahahahahaha... perjuangkan islam? hahahahahahaha

No comments

Powered by Blogger.