Belanjawan: Kenapa perbelanjaan JPM kian melambung?
Oleh Jeff Ooi
Pembinaan balai dan kuaters polis tidak sepatutnya dimasukkan dalam bajet JPM kerana ia dikendalikan oleh KDN.
DALAM perbahasan Belanjawan 2010 di Dewan Rakyat kali ini, nampaknya para wakil rakyat Barisan Nasional telah menjurus kepada satu gejala yang merunsingkan, iaitu membenarkan peruntukan perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang semakin melambung.
Bagi Belanjawan 2009, Perbelanjaan Mengurus serta Perbelanjaan Pembangunan yang disatukan di bawah JPM telah mencecah RM14 billion, manakala peruntukan perbelanjaan JPM bagi Belanjawan 2010 berjumlah RM14.3 billion, meskipun kadar Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) telah susut dengan ketara.
Berlipat ganda
Setelah diteliti, perbelanjaan JPM pada 2009 maupun 2010 hampir-hampir berlipat ganda berbanding peruntukan 2008 sebanyak RM7.1 billion, dan ianya lebih tiga kali ganda jumlah peruntukan JPM pada 2005, iaitu hanya sebanyak RM4.1 billion.
Jelasnya, peningkatan belanjawan JPM terletak pada item Perbelanjaan Pembangunan.
Daripada sejumlah RM1 billion yang tertambah daripada RM9.6 billion yang diperuntukkan dalam Perbelanjaan Pembangunan JPM dalam Belanjawan 2009, ianya adalah peruntukkan khas untuk Sabah dan Sarawak – iaitu sebanyak RM500 juta setiap satu.
Harus dinyatakan, tiada sebarang peruntukan pembangunan sedemikian rupa diagihkan untuk Sabah dan Sarawak dalam tempoh 2001 hingga 2008.
Duit tidak sampai
Yang mengecewakan dalam perbahasan belanjawan kali ini, masih banyak kedengaran sungutan daripada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional Sabah dan Sarawak bahawa duit tidak sampai ke akar umbi. Kalau itu benar, apa yang terjadi kepada sistem penyerahan kerajaan?
Bukan itu sahaja, dalam Belanjawan 2009 yang masih berlangsung pelaksanaannya, terdapat peningkatan RM5 billion diperuntukkan bagi pembangunan lima projek koridor di Johor Selatan, Utara, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Pun begitu, tiada sebarang peruntukan pembangunan sedemikian rupa diberi kepada Sabah dan Sarawak dari 2001 hingga 2008. Kenapa sekarang?
Apa yang nyata ialah, jika diteliti dengan rapi, hanya projek Koridor Pembangunan Wilayah Iskandar (IDR) yang kini bermaya, apatah lagi diubahsuai pula dengan kadar cukai pendapatan istimewa untuk IDR. Kita nak tanya: Apa pula pulangan peruntukan berbilion-bilion yang diagihkan untuk projek-projek koridor yang lain seperti di Utara dan Pantai Timur?
Apa yang lebih penting, mulai Belanjawan 2009, kita nampak satu kecenderungan di mana JPM mengambil peranan menerajui projek-projek pembangunan di Malaysia sedangkan sudah sedia ada kementerian-kementerian lain yang dihidupkan khusus untuk mengendalikan projek-projek pembangunan dalam bidang khusus masing-masing.
Bukankah ini satu amalan pentadbiran yang bertindih-tindan dari segi penggunaan sumber – overlapping and duplication of resources?
Sebagai contoh, saya kutip daripada Laporan Ekonomi Negara yang dibekalkan kepada para wakil rakyat semasa Belanjawan 2009 dibentangkan.
* Sebanyak RM258 juta diagih di bawah JPM untuk perumahan Angkatan Tentera dan Polis. Bukankah ini telah mengambil-alih bidang kuasa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri?
* Sebanyak RM214 juta diagih di bawah JPM untuk Rancangan Penyusunan Semula Masyarakat. Bukankah ini perbuatan mengambil-alih tanggung jawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah?
* Sebanyak RM400 juta diagih di bawah JPM untuk Penyelarasan Rancangan Pembasmian Kemiskinan. Bukankah ini KPI dan KRA (Key Result Areas) untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?
Apa gunanya dihidupkan kementerian-kementerian yang begitu banyak, tetapi kuasa ke atas peruntukan pembangunan diserap ke dalam JPM dan bukannya pada menteri-menteri yang kini diberi ukuran KPI?
Apakah PM tiada keyakinan terhadap menteri-menteri yang beliau lantik sendiri?
Isnin, 2009 Disember 07

No comments
Post a Comment