Usaha Gigih Kerajaan Negeri Dipuji
ULU KLANG 6 Dis - Sementara itu, penduduk Bukit Antarabangsa menarik nafas lega apabila usaha Kerajaan Negeri Selangor mendesak Kerajaan Umno-BN mendedahkan laporan tragedi tanah runtuh berhasil.
Penduduk berpendapat usaha gigih pihak kerajaan negeri dan keberanian Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghadapi tindakan undang-undang membantu merungkai ketidakadilan yang telah berlaku.
Pengerusi Kondominium Impian Selatan, Syed Azman Syed Mansor berkata laporan ini dapat membantu penduduk mengetahui punca sebenar runtuhan itu.
“Sekarang apa yang perlu dilakukan meneliti plan laporan dan dari situ kita akan lihat tindakan yang perlu diambil. Tetapi yang lebih penting tahu keadaan keselamatan kita, jadi sekarang kita boleh buat keputusan dengan waras,” katanya.
Seorang mangsa, Dr Mohandas berkata laporan ini membolehkan pihaknya mempertimbangkan langkah-langkah seterusnya dalam usaha menuntut keadilan.
“Saya berharap dengan laporan berkenaan kami boleh mengambil tindakan lanjut, namun seperti yang saya sebut pihak berkuasa boleh tampil dan tahu mengenai laporan itu dan boleh menyelesaikannya,” katanya.
Bagi Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin pula berkata berikutan pendedahan laporan berkenaan, kini semua pihak bertanggungjawab perlu menjalankan tugas mereka.
“Itu tindakan bijak selepas desakan dan susulan dan sebagainya memang kerajaan harus bersikap lebih telus dan melambangkan mereka tidak cuba melindungi apa-apa pihak,” katanya.

No comments
Post a Comment