Beriman Kepada Logo Halal & Tips Mencari Makanan

Salam dan selamat berbahagia kepada semua, semoga kita semua dinaungi Allah dan dikurniakan hidayah dan taufik dari Allah. Selawat dan salam atas Nabi Junjungan Muhammad saw. Sebenarnya artikel yang bertajuk beriman kepada logo halal ini sudah lama dirancang oleh saya untuk dituliskan dan dikongsikan kepada semua.

Zaman moden umat Islam tidak lagi menguasai ekonomi, pertahanan, pemerintahan, pendidikan dan sebagainya seperti zaman kemajuan Islam terdahulu pada zaman Rasulullah hingga Khalifah Bani Othmaniyah. Zaman sekarang ini umat Islam sering terlibat dengan perkara-perkara syubhah dan umat Islam sekarang juga ditindas, dikuasai, dipesongkan dan sebagainya lagi. Perkara yang paling ketara ialah makanan halal di pasaran sekarang ini menjadi igauan ngeri oleh seluruh umat Islam, kerana takut setiap makanan yang dibeli itu ada unsure-unsur yang diharamkan Islam, seperti lemak bami, daging babi dan sebagainya. Yakinkah kita dengan logo halal yang digunakan sebagai bukti barang tersebut halal? Sebenarnya umat Islam sekarang ini ditipu dan diperbodohkan oleh orang-orang kafir atau orang-orang yang tidak bertanggungjawab dalam meletakkan logo halal. Sebenarnya jika kita kaji dan teliti berbagai logo halal di pasarang sekarang ini. Orang kata bila ada logo halal maka barang tersebut itu halal, betulkah !!!!!

Sebenarnya logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM ada standarnya yang tersendiri dan ada ciri-ciri keselamatannya bukan seperti logo-logo halal yang lain (sila lihat gambar di atas) yang dibuat untuk membutakan mata umat Islam yang kononnya barang tersebut adalah halal. Saya nak ajak anda semua berfikir dan jangan hanya beriman kepada logo halal tanpa diketahui dan orang seperti ini dinamakan sebagai jahil murakab (buat-buat tak tahu), tetapi hakikatnya tahu produk tersebut datangnya dari orang bukan Islam.

Di pasaran, berbagai-bagai logo halal yang ada, pertanyaannya, mana satu logo halal dari JAKIM? kadang-kadang makanan yang ada di rumah kita juga bukan dari logo halal JAKIM, ini yang menjadi persoalan adakah JAKIM ini ada banyak logo halal atau ada badan lain yang dipertanggungjawabkan untuk mengelola produk-produk makanan halal. Ada produk yang memang sah di pelastiknya bahan-bahan yang dicampurkan adalah dari lemak babi, tetapi ada logo halal di sebelahnya. Ini yang perlu ditegaskan oleh semua pengguna muslim. Nak tahu logo halal JAKIM dan bukan JAKIM lihat gambar di atas.

Sebagai orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah Islam kepada semua, sebagai pembeli kita perlu bijak memilih barang-barang makanan dan keperluan kita. Sekarang ini ada banyak syarikat-syarikat makanan Islam yang tumbuh seperti cendawan antaranya HPA, Halagel, Kohilal, Tok Guru dan Bernas, Faizah, Jasmin dan banyak lagi. Kenapa kita nak berpandukan kepada logo halal semata-mata, sedangkan produk tersebut terbukti dari syarikat bukan Islam. Saya tanya anda semua, Adakah Produk Islam atau produk bukan Islam lebih terjamin kualitinya? Jawapan saya mestilah produk Islam lebih diyakini dan lebih kualiti kesuciannya. Sebab syarikat produk tersebut adalah orang Islam dan dia tahu kesucian atau kebersihan menurut Islam berbanding dengan syarikat bukan Islam.

Tindakan saya dalam membeli belah, saya mesti mencari produk-produk Islam terlebih dahulu, kerana itu lebih yakin dan tidak zon ataupun syak kerana produk Islam. Jika didapati produk yang dicari benar-benar tiada barulah, berimankan kepada logo JAKIM sahaja, kerana standar yang diletakkan oleh JAKIM kepada syarikat-syarikat makanan adalah cukup ketat dan mengikut syariat Islam. Saya harap anda juga mempunyai ketegasan dalam memilih makanan keperluan anda tanpa was-was dan ragu-ragu. Ada orang kata, produk Islam tidak sedap berbanding dengan produk bukan Islam. Terlintas dibenak fikiran saya, “sedapla sebab campur dengan lemak babi” maaf la ini fikiran jahat saya. Bagi saya sedap atau tak sedap perkara kedua, sebab yang lebih penting adalah kesuciannya.

Makanan yang tidak suci, sedikit sebanyak mempengaruhi hati dan fikiran kita, kerana bila perut diisi dengan makanan yang bercampur dengan sumber yang tidak halal, maka hati kita menjadi susah dan keras untuk melaksanakan ibadah dan peraturan Allah. Sebab itu, kadang-kadang susah sahaja nak solat, nak mengaji Al-Quran dan apa-apa lagi.

Nasihat saya, bagi sesiapa yang ragu-ragu dengan produk yang digunakan, maka semaklah di bahagian halal haram JAKIM, persatuan pengguna Islam Malaysia, Dunia Halal dan badan-badan yang berkaitan. Ini penting, kerana makanan akan membentuk jiwa kita semua. Jika makanan yang masuk itu tidak bersih maka hati kita juga tidak bersih dan kotor. Jika makanan itu bersih maka jiwa kita akan positif dan bersih dan mudah melaksanakan ibadah kepada Allah.

Bawah ini ada tips bagaimana nak memilih produk halal di pasaran. Tips ini saya ceduk dari sahabat saya yang pergi mendengar ceramah HPA. Ceramah ini disampaikan oleh Pengasas HPA Tuan Haji Ismail banyak memberi tips bagaimana nak detect produk itu halal atau haram.

1. Untuk mengenal pasti produk kacang tumbuk yang mana halal dan yang
mana haram, Tuan Haji berkata cuba kita pegang kacang tumbuk tu. Jika
ia pecah maka ia adalah halal. Jika tidak pecah apabila kita pegang
maknanya ia menggunakan lemak haiwan untuk mengeraskannya. Haiwan apa?
Fikir - fikirkanlah.

2. Ada sesetengah pihak menyalahgunakan perkataan atau terma Herba
Tradisional. Untuk mengenal pasti produk - produk yang menipu ini di
atas nama Herba Tradisional, Tuan Haji Ismail mengatakan kapsul -
kapsul yang digunakan selalunya berwarna-warni. Ini adalah kerana ada bahan - bahan di dalam kapsul yang menipu dan dicampurkan dengan bahan kimia dan ia berserbuk berwarna putih.

http://ustaznoramin.blogspot.com/2010/02/beriman-kepada-logo-halal-tips-mencari.html

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.