Nazri Aziz Bohong Di US

Sebuah seminar berprofail tinggi mengenai kehakiman dan kerajaan Malaysia di Washington DC anjuran sebuah badan pemikir terkemuka - Pusat bagi Strategi dan Pengajian Antarabangsa (CSIS) - secara menghairankan - berubah menjadi 'program tertutup'.

Seminar bertajuk 'Urustadbir dan Keluhuran Undang-Undang di Malaysia' itu membabitkan pegawai terkemuka kerajaan Malaysia, dan dihadiri oleh pegawai kerajaan Amerika, aktivis, diplomat dan rakyat Malaysia di sana.

Dalam pengumuman CSIS yang dikeluarkan minggu lalu, ia menyatakan bahawa seminar dua jam itu adalah program terbuka. Tetapi penganjurnya kemudian telah mengubah fikiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Aziz merupakan satu-satunya wakil Malaysia.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan pengerusi penal penasihat SPRM, Datuk Abdul hamid Mohamad turut dijemput untuk berucap tetapi tidak hadir.

Sebaliknya, rombongan Nazri termasuk ahli-ahli parlimen kerajaan dan pembangkang, bersama dengan timbalan speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

Ahli parlimen yang hadir ialah Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak), Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bebas-Bayan Baru) dan Datuk Jamaluddin Jarjis (Umno- Rompin), yang duta Malaysia ke Amerika.- Malaysiakini


Cuba lihat surat jemputan dibawah, sepatutnya 3 orang akan berucap, tetapi hanya Nazri seorang yang muncul, kemana menghilang Gani Patail dan Abdul Hamid Mohamed?

Dan perhatikan juga bahagian yang menyebut 'The discussion will be on the record.' dan kenapa secara tiba-tiba diumumkan 'OFF THE RECORD'?

Nazri kemudiannya menjelaskan dia, Gani Patail dan Abdul Hamid secara kebetulan berada di Washington pada masa yang sama dan dia juga tidak tahu kemana menghilangnya Gani Patail dan Abdul Hamid itu.

Dalam lain ayat, Nazri telah mengatakan kedua-dua orang yang hilang itu tidak terlibat dalam seminar yang diadakan itu, tetapi jemputan rasmi telah terpampang jelas nama mereka..

Kesimpulannya.. Nazri Aziz telah berbohong di Washington, US..

CENTER FOR STRATEGIC & INTERNATIONAL STUDIES & CSIS SOUTHEAST ASIA PROGRAM

Pleased to present

SEMINAR ON GOVERNANCE & RULE OF LAW IN MALAYSIA & MALAYSIAN LEGISLATIVE INITIATIVES

Featuring

1. The Honorable Mohamed Nazri Abdul Aziz, Minister in the Prime Minister’s Department

2. The Honorable Abdul Gani Patail, Attorney General of Malaysia

3. The Honorable Abdul Hamid Mohamed, Former Chief Justice of Malaysia & Chairman of the Malaysian Anti Corruption Commission

At CSIS Conference Room B1B, 1800 K Street, NW, Washington, D.C.

Wednesday February 24, 2010

10:00 AM – 12: 00 PM

CSIS Malaysia is honored to invite you to a presentation and discussion with a panel of leading Malaysian officials with the responsibility for the legislative agenda, parliamentary affairs, governance, rule of law and anti-corruption initiatives in Malaysia.

The discussion will be on the record. Please RSVP the SoutheastAsia@csis.org by Tuesday, February 23, 2010. If you have questions, please contact Mary Beth Whyel at (202) 775 3278.

AGENDA

10:00 AM: Welcome & Opening Remarks by Ernest Z. Bower, Senior Adviser & Director, CSIS Southeast Asia

10:05 AM: Introduction by the Honorable Dr. Jamaluddin Jarjis, Ambassador to the United States, Embassy of Malaysia

10:15 AM: Keynote RemarksThe Honorable Mohamed Nazri Abdul Aziz, Minister in the Prime Minister’s Office

10:30 AM: Introduction of Expert Panel

1. The Honorable Abdul Gani Patail, Attorney General of Malaysia

2. The Honorable Abdul Hamid Mohamed, Former Supreme Court Justice & Chairman of the Malaysian Anti-Corruption Commission

11:15 AM: Question & Answer

11:55 AM: Closing Remarks

___________________________________________

Ernie Bower

Senior Adviser & Director - Southeast Asia

Center for Strategic & International Studies



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.