Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat

MAKLUMAN MEDIA
Tarikh: 25 Februari 2010

SIDANG MEDIA BERKENAAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR – “BERMUAFAKAT MENJUNJUNG AMANAH RAKYAT”

Pakatan Rakyat Selangor akan mengadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor yang bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” pada 7 Mac 2010 (Ahad) di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mulai jam 8 pagi hingga ke 6 petang.

Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor sempena Ulangtahun ke-2 Pakatan Rakyat mentadbir Selangor ini merupakan kesinambungan daripada Konvensyen Pakatan Rakyat peringkat nasional pada 19 Disember tahun lalu untuk merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Majlis ini menjangkakan kehadiran 1,500 perwakilan daripada akar umbi ketiga-tiga Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia, dan Parti Tindakan Demokratik di seluruh Selangor.

Sehubungan dengan Konvensyen ini, satu sidang media akan diadakan pada:

Tarikh: 26 Feb (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Tempat: Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Tropicana, Petaling Jaya

Sidang media ini akan dihadiri oleh Tuan Syed Shahir (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen), YB Tony Pua dan YB Dr. Che Rosly (Timbalan-Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Konvensyen) untuk menerangkan aturcara Konvensyen dengan lebih lanjut, serta persiapan dan pengisian yang akan diketengahkan semasa Konvensyen.

Diharap pihak tuan/puan dapat hadir untuk meliputi sidang media ini.

Sekian, terima kasih.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.