Logo halal Jais, Jakim sahaja diiktiraf
SHAH ALAM, 25 Feb – Logo Halal hanya akan dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk kegunaan premis-premis makanan di negeri Selangor.
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, hanya logo halal yang dikeluarkan oleh dua jabatan ini sahaja akan diiktiraf bagi mengelak pengeluaran logo halal yang tidak diiktiraf kesahihannya.
Menurutnya, sekiranya Jais dan Jakim mendapati terdapat premis yang menggunakan logo halal selain daripada mereka, maka tindakan penguatkuasaan akan dikenakan.
“Premis yang melanggar peraturan ini boleh didakwa kerana kesalahan menjual barang makanan yang tidak diiktiraf oleh Jais dan Jakim.
“Mereka akan dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan Halal 1975 ) yang boleh di denda sehingga RM200,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Modul Keluarga Sakinah Negeri Selangor, di Bangunan Sultan Idris Shah, di sini, semalam.
Katanya, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan ke premis-premis berkenaan pada awal bulan Mac dan sekiranya mendapat persefahaman dengan pihak Jakim bagi memastikan premis di negeri ini menggunakan logo halal dikeluarkan oleh Jakim.
“Namun kami akan beri mereka masa untuk menukar logo yang sebelum ini mereka gunakan dengan logo yang diiktiraf oleh kami justeru tidak lagi mengelirukan masyarakat untuk berkunjung ke premis mereka.
“Di samping itu, orang awam juga dinasihatkan agar tidak memasuki premis-premis berkenaan sekiranya premis tersebut tidak memaparkan logo halal yang diiktiraf oleh dua jabatan ini serta sentiasa berwaspada dengan makanan yang dibeli dari premis-premis berkenaan,” jelasnya.
Sebelum ini terdapat kekeliruan orang ramai mengenai logo halal digunakan oleh sesetengah premis kerana ada antara mereka menggunakan logo halal dikeluarkan oleh syarikat yang tidak diiktiraf oleh Jais dan Jakim.- Sinar Harian
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments
Post a Comment