Sesi ‘Bertemu Rakyat’ bersama Presiden PKR disabotaj dengan gambar lucah?
PADA perjumpaan ‘Bertemu Rakyat’ bersama Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang berlangsung di Star City Convention Center, Kota Kinabalu baru-baru ini, terdapat juga anasir-anasir negatif yang cuba untuk menggagalkan program berkenaan.
Musuh PKR edar risalah-risalah lucah sanggup mengupah anak-anak PATI untuk menabur di seluruh bandaraya Kota Kinabalu. Angin perubahan sudah kencang meniup, tidak dapat dihadang dengan risalah lagi.
Antaranya di kereta-kereta disisipkan gambar-gambar Ketua Umum, YB Dato’ Seri Anwar dengan pelbagai bentuk teknik ‘super-impose’. Risikan kami mendapati anasir-anasir ini telah di dalangi oleh ‘pihak tertinggi’ dari Kota Kinabalu, Karamunsing dan Kepayan. Mereka telah mengupah anak-anak pendatang tanpa izin untuk menyisipkan risalah-risalah di kereta-kereta mereka yang hadir.
Tidak cukup dengan itu, ada pihak tertentu yang sabotaj di dalam dewan perhimpunan. Ada tangan-tangan yang telah ‘dibeli’ sanggup menjalankan kerja-kerja terkeji dengan memotong wayar penghawa dingin di dalam dewan, akibatnya hadirin di dewan kepanasan.
Walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang ‘orang-orang tertentu’ lakukan, namun semangat kental para hadirin untuk mendengar amanat dan penjelasan kepimpinan PKR terus segar.
Apakah orang ini mengandaikan kepercayaan ahli-ahli PKR akan pudar setelah melihatkan risalah-risalah tidak bermoral ini? Atau adakah orang-orang ini menganggap ahli-ahli PKR akan berkeluaran meninggalkan dewan kerana kepanasan ekoran tindakan mereka mensabotaj penghawa dingin di dewan?
Malangnya segala usaha jahat pihak-pihak ini tidak mendapat perhatian ahli-ahli PKR bahkan harus kita maklumkan bahawa 70% hadirin yang hadir di perjumpaan berkenaan kebanyakannya orang-orang UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Kerana itulah mereka hadir beramai-ramai bagi mendengar sendiri dan bersua muka dengan wanita yang selama ini merupakan tulang belakang kepada Ketua Umum PKR. Pada hari itulah mereka dapat melihat sendiri betapa kuatnya tekad ahli-ahli PKR di Sabah yang tidak gentar dengan apa sahaja halangan yang mereka lakukan demi kasihnya mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat. - SabahKini
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments
Post a Comment