Soalan Parlimen Dari Yb Dr Lo' Lo'

MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, DEWAN RAKYAT KE 12

PADA 16 MAC HINGGA 15 APRIL 2010



Soalan Lisan



1.
Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pecahan peratus mengikut bilangan siaran dan masa siaran rancangan-rancangan televisyen di bawah Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengikut jenis iaitu seperti hiburan, dokumentari, agama Islam, berita dan lain-lain.


2.
Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bagaimanakah Menteri Pelajaran membezakan peruntukan Kementerian Pelajaran dan peranan sebagai Menteri semasa program rasmi penyampaian hadiah cemerlang yang melibatkan guru-guru dan murid-murid sekolah sedangkan pada masa yang sama program juara rakyat UMNO diadakan seperti di Kuala Terengganu pada bulan Februari baru-baru ini.


3.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menjelaskan prosedur pemberian lesen kepada klinik-klinik pergigian dan perubatan serta berapa peratus klinik-klinik ini yang beroperasi secara berdaftar dan berapa banyak pula tidak berdaftar dengan kementerian.


4.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah dari kalangan penyokong parti politik.



1.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keuntungan atau kerugian anak-anak syarikat Lembaga Tabung Haji sejak 5 tahun yang lalu.



1.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan yang telah diambil dari pembongkaran yang dibuat oleh Dr. KP Selvaa Vathany tentang kepincangan di Hospital JHEOA Gombak.


2.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan samada pemantauan ada dibuat terhadap prosedur-prosedur keselamatan pelancong yang menggunakan perkhidmatan feri, bot-bot kecil untuk ke pulau-pulau dan peralatan rekreasi seperti jet ski dan sebagainya.


3.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sebab mengapa pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan langsung tidak turun melawat dan membantu ibu tunggal mangsa ragut dimana suaminya terbunuh di Jalan Perkasa Taman Maluri dalam Parlimen Titiwangsa.


4.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan status kedudukan Keramat Mall dan Dewan Orang Ramai Dato' Keramat.



1.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyenaraikan penggunaan peruntukan khas Parlimen Titiwangsa seperti siapakah pemohon, untuk projek, program atau sumbangan apa, masa dan tarikh diluluskan, siapa pihak penerima dan jumlah yang diperuntukan setiap satu bagi tahun 2008 dan 2009.





Soalan Bertulis



1.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menerangkan dengan jelas kaedah atau mekanisma pembangunan Kampung Baru serta siapa yang akan dilantik menganggotai badan amanah dan badan mana pula akan bertindak sebagai pemaju serta nyatakan juga jumlah dana yang akan diperuntukkan.



1.
Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan pecahan peratus mengikut bilangan siaran dan masa siaran rancangan-rancangan televisyen swasta mengikut jenis iaitu seperti hiburan, dokumentari, agama Islam, berita dan lain-lain serta nyatakn juga peratus rancangan luar negara dan tempatan.



1.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan anak luar nikah yang berdaftar, bilangan bayi atau janin yang dibuang dan ditemui, berapa yang hidup dan berapa yang mati serta bagaimana prosedur untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.


2.
Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT memaklumkan berapa peratus rumah-rumah kebajikan kanak-kanak yang berdaftar serta mendapat peruntukan daripada kementerian dan berapa pula yang tidak berdaftar.


3.
Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI PERDANA MENTERI menyatakan peranan yang dijalankan untuk menghalang dan menghapuskan budaya barat yang keterlaluan yang tidak bermanfaat kepada belia di negara kita terutamanya belia Islam dari sudut sosial seperti budaya merayakan Valentine, seks bebas, penguguran dan pembuangan bayi.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.