Zahid Hamidi diberi tempoh 14 hari untuk tarik balik kenyataannya
PARA Pewaris Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) memberi tempoh 14 hari kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi agar menarik balik kenyataannya yang disiarkan agensi berita Bernama bahawa kejadian penculikan di Sebangkat, Semporna mempunyai kaitan dengan gaji yang tidak dibayar dan berpunca daripada ‘orang dalam’; atau menghadapi tindakan mahkamah jika Zahid engkar.
Pengerusi Local Community Forum TMTS, Abdullahsani Abdul Salleh memberi altimatum berkenaan kerana Zahid secara sedar mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan mencemarkan nama baik semua pewaris TMTS melalui.
“Kita menafikan sama sekali kes ini berpunca daripada orang dalam atau gaji. Tidak ada kena mengena sama sekali dan ianya sudah tentu mencemarkan air muka kita seolah-olah kita tidak membayar gaji kepada pekerja kita sehingga berlaku penculikan,” tegas Abdullahsani yang kesal kerana Ketua Polis Daerah Semporna, ASP Mohd Azim Khan terus mendesak adiknya, Salleh memberi keterangan setiap hari di balai polis Semporna.
Keluarganya dan semua pewaris, kata Abdullahsani tidak ada kena mengena atau boleh disabitkan dengan kehilangan atau penculikan pengurus besar dan penyelia syarikat penanaman agar-agar yang di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna.
“Setakat ini polis terus menerus menyoal siasat adik saya dan pekerjanya, sedangkan tumpuan harus diberikan dengan memburu penjenayah yang dikata masih bersembunyi di Pulau berkenaan sejak lebih dua minggu lalu,” kata Abdullahsani yang memberi amaran akan mengheret sesiapa sahaja termasuk Ketua Polis Daerah sekiranya menghalang beliau dan adiknya meneruskan perusahaan penanaman agar-agar di Sebangkat.
Kata Abdullahsani, sikap pihak polis mengadakan pelbagai sekatan dan hadangan di TMTS untuk memburu penjenayah; bukan sahaja menakutkan pengusaha rumpai laut, malah memberikan imej buruk kepada sektor pelancongan yang turun secara mendadak akibat insiden ini. - SabahKini
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments
Post a Comment