Selangor masih pilihan terbaik bagi pelabur

SHAH ALAM, 25 FEB – Walaupun ekonomi Negara dan dunia memperlihatkan kegawatan ekonomi, namun bilangan projek perindustrian yang tinggi di Selangor menunjukkan bahawa ekonomi Selangor masih mantap dan merupakan destinasi pelaburan yang paling menarik bagi pelabur asing dan tempatan.

Data Malaysia Industri Development Authority (MIDA) menunjukkan bahawa tohmahan yang dilempar sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah menurun sejak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor tidak berasas.
Data terkini MIDA mengenai pelauran di Malaysia bagi tahun 2009 mengikut negeri menunjukkan Selangor telah mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebayak RM6.76 bilion bagi tahun 2009.

Jumlah ini jauh melebihi jangkaan RM4 bilion yang disasar bagi Selangor bagi tahun 2009 memandangkan kegawatan ekonomi sedunia.
Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Sun Sim dalam kenyataan akhbarnya berkata, Selangor juga telah mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 278 projek iaitu 36.3 peratus daripada jumlah seluruh Malaysia. Johor di tempat kedua dengan 150 projek dan ketiga, Pulau Pinang dengan 104 projek.

Menurutnya, daripada 278 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 182 merupakan projek baru dan baki 96 merupakan projek yang dikembangkan.
Tambahnya, Selangor telah mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang tertinggi di tahun 2009 dengan 20,753 pekerjaan.

Sebanyak RM4 bilion atau 59.2 daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala RM2.7 bilion atau 40.8 peratus adalah pelabur tempatan.
Ini memperlihatkan pelaburan tempatan amat penting bagi kerajaan negeri. Pelabur tempatan masih kekal melabur di Selangor di bawah naungan kerajaan Pakatan Rakyat.
Walaupun Sarawak mendahului setiap negeri dengan jumplah pelaburan perindustrian bernilai RM8,451 bilion, pencapaian ini disebabkan satu pelaburan gergasi di dalam projek peleburan aluminium di Bintulu yang bernilai lebih USD2 bilion (kira-kira RM7 bilion).

Menurut Teresa, projek sebegini tidak sesuai bagi Selangor kerana ia menyebabkan banyak pencemaran alam dan memakan jumlah tenaga yang besar.
Tambahnya, sekiranya projek peleburan aluminium tidak diambilkira, Selangor merupakan negeri dengan jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia.



Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.