Peguam anak Raja Petra bantah siasatan Suhakam
Peguam yang mewakili Raja Azman Petra mendakwa, siasatan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tidak dijalankan dengan adil dan menyeluruh.
Suruhanjaya itu semalam menjalankan siasatan di penjara Sungai Buloh, atas insiden melibatkan anak penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin yang dipercayai menelan sebilah pisau cukur.
Pesuruhjaya Siva Subramaniam (kiri, berbaju putih) yang mengetuai siasatan membebaskan pihak berkuasa itu atas semua dakwaan salah laku, dan mendakwa kecederaan yang dialami Raja Azman adalah akibat perbuatan sendiri.
Bagaimanapun, kedua-dua peguam J Chandra dan Amarjit Singh Sidhu tidak berpuas hati dengan kaeiah siasatan dijalankan.
“Kenapa kami tidak dipanggil untuk siasatan?" soal Amarjit.
Dalam pada itu, Chandra pula terkejut kerana siasatan dijalankan tanpa kehadiran peguam.
Beliau menjelaskan, kehadiran peguam sangat penting bagi memastikan temubual dijalankan dengan cara yang betul.
“Tahanan mungkin ditekan untuk memberikan jawapan-jawapan untuk memuaskan hati pihak berkuasa," kata Chandra (kanan, bertali leher).
Mengulas lanjut, peguam berkenaan menjelaskan keadaan penjara itu juga boleh menakutkan tahanan berkenaan semasa ditemubual.
“Penjara bukanlah tempat yang sesuai untuk menemuramah sebab tahanan berasa takut," kata Chandra.
Bapa mangsa, yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today, mendakwa bahawa Raja Azman (kiri) mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!
Pesuruhjaya Siva Subramaniam (kiri, berbaju putih) yang mengetuai siasatan membebaskan pihak berkuasa itu atas semua dakwaan salah laku, dan mendakwa kecederaan yang dialami Raja Azman adalah akibat perbuatan sendiri.
Bagaimanapun, kedua-dua peguam J Chandra dan Amarjit Singh Sidhu tidak berpuas hati dengan kaeiah siasatan dijalankan.
“Kenapa kami tidak dipanggil untuk siasatan?" soal Amarjit.
Dalam pada itu, Chandra pula terkejut kerana siasatan dijalankan tanpa kehadiran peguam.
Beliau menjelaskan, kehadiran peguam sangat penting bagi memastikan temubual dijalankan dengan cara yang betul.
Mengulas lanjut, peguam berkenaan menjelaskan keadaan penjara itu juga boleh menakutkan tahanan berkenaan semasa ditemubual.
“Penjara bukanlah tempat yang sesuai untuk menemuramah sebab tahanan berasa takut," kata Chandra.
Raja Azman, 34, dijumpai dalam keadaan lemah dalam sel penjaranya oleh petugas dari penjara Sungai Buloh semasa melakukan tugas rondaan pada 11 Feb lalu.
Dia yang mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh.
Raja Azman, anak kedua Raja Petra kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan kerana gagal membayar wang jaminan RM10,500 setelah menghadapi empat tuduhan mencuri dan memiliki harta curi.
[Baca berita penuh]Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!
No comments
Post a Comment