Raya Cina: Ali Rustam kecewa dengan Gerakan
'Bunga-bunga' ketidakpuasan hati di kalangan parti komponen BN mula berputik. Ketua Menteri Melaka, Dato` Seri Ali Rustam melahirkan kekecewaannya terhadap parti komponen BN, Gerakan. Kesnya, Gerakan lembab untuk mengadakan majlis sambutan Tahun Baru Cina.
Kekecewaan itu diluahkan apabila Gerakan tidak mengadakan sambutan Tahun Baru Cina sedangkan pihak lain sudah mendahuluinya.
Tidak seperti di Perak, MB mahkamahnya sendiri yang menganjurkan perayaan Tahun Baru Cina. Keadaan itu menyebabkan timbul persepsi di kalangan parti-parti BN, ada krisis dalaman telah berlaku dalam BN.
Kebimbangan pihak Umno itu mungkin kerana takut memberi kesan terhadap PRU 13 akan datang. Mereka takut akan kehilangan sokongan kaum Cina dalam pilihanraya nanti.
Sepatutnya Ali Rustam membuat penilaian, sejauh mana Umno ikhlas dalam persahabatan. Mungkin keikhlasan Umno bersahabat dengan rakan komponen lain dalam BN telah dipertikai kerana wujudnya isu perkauman di sekeliling Umno yang menyebabkan orang Cina dan India dah meluat dengan Umno.
Sejak akhir-akhir ini, banyak kenyataan berbaur perkauman dilontarkan Umno secara terangan antaranya, kenyataan Bekas Pegawai Khas PM, Datuk Nasir Safar baru-baru ini berkaitan membangkitkan kemarahan di kalangan orang-orang Cina dan India.
Kenyataan itu mungkin dilihat terlalu melampau oleh Gerakan dan menyebabkan parti mewakili ramai kaum Cina itu meluat dan menyampah dengan Umno dan secara diam-diam cuba menunjukkan ketidak puasan hati secara diam terhadap Umno. Mungkin protes secara diam oleh Gerakan.
Kejadian itu boleh dikategorikan sebagai Umno parti perkauman. Maka hayat Umno dilihat akan menemui penghujung dalam PRU 13 akan datang.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments
Post a Comment