Sultan Johor kesal ‘kaki judi’ kalangan umat Islam
JOHOR BARU, 26 Feb — Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam titah ucapan sulung sempena Maulidur Rasul peringkat negeri melahirkan rasa kesal baginda dengan sikap “kaki judi” beragama Islam di negeri ini yang tidak mempunyai perasaan malu dengan sanggup melakukan perbuatan syirik untuk mendapatkan kemewahan.
“Ada di kalangan kita yang melakukan pelbagai cara untuk mencari kemewahan hidup di dunia termasuk melakukan perbuatan syirik seperti kaki judi yang sanggup melangkah kubur untuk mendapatkan nombor ekor,” titah baginda.
Baginda dilantik sebagai Sultan Johor ekoran kemangkatan Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail akhir bulan lalu.
Baginda bertitah arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Agama Islam Johor untuk mengambil tindakan tegas supaya rakyat di negeri ini tidak melakukan perbuatan yang bertentangan dengan agama.
Sultan Ibrahim turut menegur sikap jemaah yang tergesa-gesa meninggalkan masjid sebelum doa habis dibaca.
“Saya masih tidak faham, ada juga jemaah yang tergesa-gesa meninggalkan masjid sebelum doa selesai dibaca. Saya sudah minta Jabatan Agama Islam untuk memendekkan doa kepada Sultan supaya jemaah tidak perlu tunggu lama untuk melakukan urusan masing-masing tetapi masih lagi ada jemaah yang meninggalkan masjid.
“Doa sudah pendek, kalau dipendekkan lagi seolah-olah kita tidak mahu berdoa untuk dapat keberkatan dan hidayah dari Allah,” titah baginda dipetik Bernama.
Sultan Ibrahim dalam pada itu turut mengingatkan pentadbir negeri, pegawai kerajaan dan wakil rakyat supaya menunaikan tanggungjawab dengan amanah, jujur dan ikhlas serta mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi.
Rakyat juga perlu bertanggungjawab kepada kerajaan yang memerintah dan mensyukuri nikmat yang dicapai supaya negeri Johor terus membangun dengan maju, titah baginda.
Berangkat pada sambutan itu, isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, Tunku Idris dan kerabat diraja yang lain. Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan isteri Datin Prof Dr Jamilah Ariffin, Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Abdul Latiff Yusof, barisan Exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan, turut hadir.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment