Konvensyen bukti PR Selangor kukuh
PETALING JAYA – Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor membuktikan pakatan itu tidak mempunyai masalah dalaman seperti yang digembar-gemburkan media kebelakangan ini.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemandu Konvensyen, Syed Shahir Mohamud berkata, konvensyen berkenaan bertujuan memperkasa agenda parti dalam usaha memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat sesuai dengan temanya “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat”.
“Ia adalah salah satu strategi menilai prestasi PR dalam melaksanakan janji Pilihan Raya umum (PRU) lalu dan merangka strategi mengukuhkan sokongan rakyat sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, semalam.
Menurutnya, PR sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat dan kualiti hidup melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
“Isu yang akan dibangkitkan antaranya memastikan kebajikan rakyat diutamakan terutamanya isu pemilikan tanah ataupun rumah bagi membuktikan PR membelanjakan wang dengan betul dan berhemah,” katanya.
Konvensyen dianjurkan bersempena ulang tahun ke dua PR mentadbir negeri Selangor itu diadakan di Dewan Jubli, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 7 Mac dari jam 8 pagi hingga 6 petang.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment