Rombakan mantapkan kerajaan
ALOR SETAR - Sama ada dikekalkan ataupun digugurkan, anggota Exco Kerajaan Kedah sedia menghadapi sebarang kemungkinan dalam rombakan Kabinet Negeri yang dijangka akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak seminggu dua lagi.
Ketika ditanya apa perasaan mereka sekarang, rata-rata Exco Kerajaan Negeri mengakui, mereka akur dengan apa jua keputusan Azizan yang paling berhak menilai prestasi mereka sepanjang berkhidmat dalam tempoh dua tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan, Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu hanya boleh diputuskan Menteri Besar dan beliau percaya, keputusan dibuat setelah penilaian terhadap prestasi setiap anggota Exco dibuat dengan teliti.
:“Rombakan Exco atau bertukar portfolio bagus untuk (memantapkan) Kerajaan Negeri kerana saya percaya, keputusan itu berdasarkan prestasi dan Indeks Prestasi Utama (KPI) setiap Exco,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul pula berkata, rombakan barisan Exco dalam sesebuah pentadbiran negeri adalah perkara biasa dan setiap pemimpin pasti berdepan dengan zaman kebangkitan dan kejatuhan, yang harus diterima dengan redha..
“Ini rombakan biasa dalam pentadbiran. Pelantikan Exco dibuat setahun atau dua tahun sekali, berdasarkan prestasi. Mana yang bagus dikekalkan, mana yang tidak bagus, digugurkan. Ini tiada masalah bagi pihak kita,” katanya.
:Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, Pekerja Ladang dan Perpaduan, Lim Soo Nee yang dilantik 13 September lalu bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohammad Radzhi Salleh, bersedia dengan sebarang kemungkinan sama ada beliau akan dikekalkan ataupun digugurkan.
“Senarai nama belum dihebahkan dan tak perlulah saya komen dengan panjang lebar. Apa jua keputusan kelak, saya akan hormati keputusan itu kerana ianya dibuat oleh kepimpinan tertinggi negeri,” katanya.
:Abdullah Jusoh yang memegang portfolio Sains Inovasi, Teknologi Maklumat ICT dan Komunikasi, Pembangunan Usahawan, berkata, hanya Menteri Besar yang berhak membuat keputusan berhubung pelantikan atau pengguguran Exco dan urusan itu tidak perlu dicampuri mana-mana pihak lain.
“Saya serahkan sepenuhnya keputusan kepada MB, tidak perlulah saya komen isu ini,” katanya.
:Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Siti Ashah Ghazali juga enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada Azizan untuk memutuskan siapa yang layak untuk terus memegang jawatan Exco.
“Biarlah MB buat keputusan, saya tidak mahu ulas isu yang belum diputuskan,” katanya.
:Tiga anggota Exco lain, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dan Tan Wei Shu bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung rombakan ini yang diumumkan Menteri Besar mungkin akan dilakukan bulan depan.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment