GST bukti pengurusan kerajaan tidak cekap

SHAH ALAM, 25 Feb - Kegagalan mencari mekanisme terbaik dalam usaha meningkatkan kewangan negara sehingga memaksa kenaikan harga pelbagai barangan membuktikan pimpinan kerajaan semakin tidak cekap.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua melihat langkah kerajaan melaksanakan GST atau cukai perkhidmatan dan barangan itu sebagai titik tolak kepada rakyat untuk menyingkirkan pimpinan itu.

Berucap dalam Forum Awam Implikasi GST Kepada Rakyat di sini malam tadi, Phua yakin pelaksanaan GST hanya mencerahkan lagi harapan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

“Kerajaan memang tidak cukup wang kita boleh nampak tetapi ada banyak cara lain untuk menjimatkan terutamanya menggunakan sistem tender terbuka supaya pihak yang paling cekap dengan harga yang paling murah akan menjadi kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja kerajaan.”

“Apabila kerajaan tak henti-henti menaikkan harga barangan seperti minyak dan gula, pengurangan subsidi, peningkatan cukai kredit kad, ke ats jual beli tanah, peningkatan cukai seperti GST, tak habis-habis naik. Naikkan harga elektrik, air. Saya agak kerajaan BN tak lama lagi la. Harapan kita ke Putrajaya akan lebih jelas,” katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Kerjasama anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.