Gerakan: Apa Khabar Presiden?
Anggota Gerakan hendaklah melipatgandakan usaha mereka dan berusaha gigih untuk membuktikan bahawa kenyataan penasihat parti bahawa Gerakan telah kehilangan Pulau Pinang adalah salah, kata Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Katanya anggota parti hendaklah mengambil kenyataan Tun Dr Lim Keng Yaik itu sebagai satu cabaran.
“Saya menasihatkan semua anggota parti untuk menjadikannya satu cabaran, mengambilnya sebagai satu cara bagi melipatgandakan usaha, memberi lebih penekanan terhadap ideologi parti dan menyediakan perkhidmatan yang telus dan ikhlas kepada rakyat tanpa memikirkan balasan, secara jujur menunjukkan kepada rakyat bahawa kita menyediakan perkhidmatan.
“Oleh sebab itu, jika mereka (anggota parti) berasa sedih, saya akan menasihatkan mereka untuk membuktikan Penasihat salah,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Lim dalam satu wawancara dengan The Edge Financial Daily pada 18 Feb, yang dilihat mengecewakan ramai anggota Gerakan.(Malaysiakini)
Kah, kah, kah, tak ada benda lain boleh buat selain ketawa berdekah-dekah. Bukan ketawa kerana kenyataan Penasihat parti tak masuk akal atau tak berasas. Kata-kata Penasihat parti semuanya masuk akal dan berasas. Selama pemimpin Gerakan, Lim Keng Yaik tak pernah bercakap benda yang tak berasas. Cuma mereka yang tak dapat menerima kenyataan menganggapnya tak berasas.
Yang saya ketawa ialah kenyataan Presiden yang menggesa ahli-ahli membuktikan Penasihat salah. Saya rasa ahli-ahli Gerakan yang lain pun akan ketawa seperti saya. Masakan tak ketawa kerana ahli diminta membuktikan benda yang tak boleh dibuktikan. Bagaimana hendak membuktikan Penasihat salah jikalau realitinya beliau betul. Semua ahli tahu hal ini.
Bahkan secara bersenda seorang ahli berkata hanya Presiden seorang sahaja yang masih berjalan seiringan dengan BN, sedangkan yang lain menghala ke arah lain. Walaupun desakan daripada akar umbi agar Gerakan keluar dari BN dan menjadi parti bebas, Presiden buat-buat tak dengar. Masa depan Gerakan gelap gelita bersama BN. Bukan mudah BN hendak rampas Pulau Pinang daripada DAP. Kalau BN mampu rampas balik Pulau Pinang pun, belum tentu pemimpin Gerakan akan jadi Ketua Menteri. UMNO Pulau Pinang yang seperti telah berpatah arang dengan Gerakan tak akan setuju. Sudah lama pemimpin UMNO mengidamkan kerusi KM. MCA pun kalau ada peluang, mahu juga merasa kerusi tersebut. Pulau Pinang bukan sebarang pulau – Pulau Mutiara.
Jikalau Gerakan keluar dari BN, masa depan Gerakan masih ada. Prinsip perjuangan Gerakan lebih serasi dengan kehendak generasi muda rakyat Malaysia, berbanding dengan “kehendak” BN. Semua ahli Gerakan tahu akan hal ini. Presiden Gerakan pun tahu. Namun, beliau begitu sibuk dengan tugasan Menteri sehingga tiada masa untuk memikirkan masa depan parti dengan serius. Jadi, tak hairanlah jikalau ada orang berkata Presiden Gerakan lebih pentingkan jawatan daripada masa depan parti.
Maka, terdapat ura-ura bahawa kerusi Presiden Gerakan akan dicabar pada pemilihan akan datang. Bahkan, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa Koh Tsu Koon sedang meniti hari-hari terakhir dalam Gerakan. Entahlah betul atau tidak. Namun, melihat pada reaksi akar umbi, rasanya masa depan Presiden lebih genting daripada masa depan parti.
Bukan ahli yang harus memikirkan kenyataan Penasihat Parti, tetapi Presidenlah yang patut memikirkannya. Kenyataan Penasihat Parti kalau dilihat lebih meluas ia seperti amaran tersirat kepada Presiden parti itu sendiri. Bukan Gerakan hilang Pulau Pinang, tetapi Presiden bakal hilang Gerakan.
satu malaysia
Terima Kasih kerana mengunjung. sudi-sudi 'klik' di sini sebagai sumbangan ikhlas anda membantu kami menyelengara blog ini.

No comments
Post a Comment