Ku Li: Tindakan disiplin tidak relevan, Umno boleh lakukan apa saja



Ku Li: Tindakan disiplin tidak relevan, Umno boleh lakukan apa saja

KUALA LUMPUR, Feb 1 — Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata tindakan disiplin yang didesak sesetengah pihak dalam parti itu adalah tidak relevan dan Umno boleh mengambil apa sahaja tindakan yang mereka inginkan.

“Apa sahaja (tindakan yang) mereka hendak lakukan ke atas saya adalah tidak relevan.

“Isunya ialah apa yang undang-undang kata. Undang-undang ialah Akta Pembangunan Petroleum yang membawa kepada kelahiran Petronas dan memberi Kelantan dan Terengganu hak perundangan kepada lima peratus hasil minyak yang ditemui di pesisir (pantai),” kata Tengku Razaleigh (gambar) kepada Astro Awani hari ini.

Bekas menteri kewangan ini memberitahu sebagai (bekas) pengerusi Petronas beliau menggubal akta itu dan memeterai perjanjian-perjanjian berkaitan atas arahan Allahyarham Tun Razak, yang merupakan perdana menteri kedua.

“Oleh kerana beliau mahu memastikan negeri-negeri miskin di Semenanjung akan mendapat faedah daripada minyak ditemui di pesisir.

“Beliau mengetahui bahawa mereka tiada minyak di darat atau dalam lingkungan perairan negeri,” katanya.

1 comment

serupasekala said...

Rakyat Kelantan patut bangga semangat dan keberanian yang ditunjukkan oleh Ku Li .walau pun terdedah dengan tindakan displin parti beliau berani bersama untuk menuntuk hak mutlak negeri kelantan ( Royalti Minyak ).
Semangat juang yang tinggi malah menukah arus parti sendiri tetapi demi anak kelantan ( rakyat kelantan ) beliau berani menonjolkan diri .
JANGANLAH KERANA PARTI HAK HAK MUTLAK RAKYAT KELANTAN DI GADAIKAN.

Powered by Blogger.