Al-Qaeda ancam serang Piala Dunia

JOHANNESBURG - Kumpulan militan, al-Qaeda mengancam melancarkan serangan keganasan semasa Piala Dunia akan datang dengan pemain-pemain England diletakkan sebagai sasaran utama.

Kumpulan itu menyatakan akan menumpukan serangan kepada perlawanan antara England dan Amerika Syarikat (AS) di Afrika Selatan pada Jun nanti.

Pada tahun lalu, salah satu cawangan al-Qaeda membunuh seorang tebusan warga Britain, Edwin Dyer, 61, di Mali.

Al-Qaeda turut mensasarkan resort, hotel dan tempat meletak kenderaan yang digunakan penyokong bola sepak dalam sesuatu perlawanan.

Mereka mendakwa alat pengebom yang akan digunakan dalam serangan nanti tidak mampu dikesan oleh pengimbas keselamatan.

Ancaman tersebut disiarkan di dalam laman web yang ada kaitan dengan al-Qaeda.

"Betapa indahnya perlawanan antara England dan AS apabila disiarkan secara langsung dari stadium dipenuhi penonton dan bunyi letupan bergema menerusi tempat duduk.

"Keputusannya adalah berpuluh-puluh dan beratus-ratus orang terbunuh," kata kenyataan laman web itu.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.