Saksi utama masih trauma, ahli keluarga dijangka beri keterangan

SHAH ALAM, 28 Apr – Saksi utama yang berada di lokasi kejadian berdarah yang meragut nyawa remaja 15 tahun, Aminulrashid Amzah masih dalam keadaan trauma, terkejut dan tertekan, kata peguamnya, Gobind Singh Deo.

Rakan mangsa yang berusia 15 tahun hari ini memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan ditemani peguamnya, Gobind Singh Deo.

Saksi dilihat menaiki kereta milik Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo’ Lo yang memasuki perkarangan IPK Selangor, Seksyen 9 sekitar jam 3.30 petang.

Pintu depan IPK penuh dengan wartawan yang membuat liputan kes menyayat hati ini.

Mengulas mengenai keadaan saksi yang pertama kali member keterangan, Gobind Singh Deo berjanji untuk sedaya upaya untuk membantu saksi.

“Memang dia dalam keadaan terkejut. Bukan satu perkara yang beliau lihat hari-hari dan sampai ada yang meninggal dunia dan dia tertekanlah,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan IPK Selangor.

Proses mengambil keterangan ini lazimnya berlangsung kira-kira dua atau tiga jam.
TV Selangor difahamkan, ahli keluarga mangsa juga akan memberi keterangan pada petang ini.

No comments

Powered by Blogger.