Usah bersekongkol dengan Barat hingga pinggir negara Islam

KLANG, 27 Apr – Kerajaan Negeri Selangor berharap Malaysia tidak bersekongkol dengan negara Barat hingga meminggirkan negara Islam lain semata-mata ada pemimpin mahu mempertahan kuasa politik melalui sokong kuasa dari luar.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian ketika merasmikan tilawah al-Quran peringkat negeri bagi tahun hijrah 1431.

Beliau berkata, kerajaan negeri mengambil berat terhadap pembinaan warga negeri yang cergas jasmani dan rohani, sekali gus menghindar perbuatan keji dalam masyarakat.

“Misalnya, salah guna kuasa, rasuah, berjudi, membeli nombor ekor, berzina, buang bayi dan banyak lagi perbuatan terkutuk,” kata Abdul Khalid.

Selain itu, Abdul Khalid juga berharap tiada mana-mana umat Islam yang cuba menidakkan kebenaran ayat-ayat al-Quran kerana ia membawa kerugian.

“Setiap umat Islam mesti yakin dengan peringatan Allah yang terkandung dalam al-Quran supaya kekuatan lahiriah dan batiniah dapat memandu kita menjadi warga cemerlang dalam semua bidang,” katanya.

Majlis berkenaan berlangsung di Masjid As-Syarif, Meru di sini sehingga 30 April.

1 comment

Unknown said...

BAGUS2. Perkasakan program2 berbentuk agama islam dan kalau boleh tiru macam Kelantan buat tempat terbuka, di tempat tumpuan org ramai

Powered by Blogger.